Harian Metro

Eksport ke Portugal

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Tiga pemain muda JDT bakal perkuat kelab Eropah

Tiga pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beroleh pendedahan bola sepak di peringkat antarabang­sa apabila bakal dipinjamka­n untuk beraksi bersama kelab bola sepak di Portugal.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers, projek terbabit dijayakan menerusi kerjasama antara pasukan Harimau Selatan itu dengan kelab bola sepak yang berpangkal­an di Eropah yang menyaksika­n JDT berpeluang ‘mengekspor­t’ tiga pemain setiap tahun untuk beraksi bersama pasukan itu sebagai pemain pinjaman.

Tiga pemain berkenaan adalah pemain tengah, Syamer Kutty Abba dengan dua lagi pemain iaitu pertahanan, Hasbullah Abu Bakar dan penyerang, Syafiq Ahmad turut berkemungk­inan mengikut jejak langkah pemain tengah skuad kebangsaan itu untuk berkelana ke Eropah.

“Nama kelab terbabit akan didedahkan sebaik sahaja

(gambar)

pihak pengurusan menandatan­gani kontrak secara rasmi.

“Pemain Malaysia tidak dianggap sebagai pemain luar negara di kelab Portugal dan perbezaan kelab ini dengan yang lain adalah JDT bakal memiliki hubungan kerjasama dengan kelab terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, malam kelmarin.

Pada masa sama, JDT turut mengulas mengenai projek peminjaman dua pemain yang cuba dilaksanak­an sebelum ini membabitka­n pemain tengah bertahan, Harris Harun ke Sepanyol serta perancang tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dijadual dipinjamka­n ke sebuah kelab di Jepun.

“Berkenaan Hariss Harun, kelab terdahulu mempunyai masalah hutang di Sepanyol dan tidak dibenarkan untuk menandatan­gani mana-mana pemain luar negara.

“Manakala Nazmi Faiz pula adalah kerana kelab memerlukan dia dalam pasukan bagi membantu

Safiq Rahim,” katanya.

 ??  ?? SYAFIQ
SYAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia