Harian Metro

Rumah tangga Elizad bahagia

- DARI MUKA 1

“Dalam perkara ini, saya tabik pada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selama sembilan tahun dia tenang dan senyum saja setiap kali ditanya mengenai anak. Dari situ, ramai yang mendoakan kebaikan untuknya. Malah, ketika dia mengumumka­n berita kehamilann­ya, saya menangis,” katanya.

Elizad yang juga juara program Gempak Superstar reda sekiranya suaminya berhajat untuk berkahwin lain jika rumah tangga mereka tidak dikurniaka­n anak.

“Suami adalah individu yang sentiasa menyokong dan memberikan katakata semangat kepada saya. Dia selalu cakap, ada rezeki adalah. Kalau tidak ada sekali pun, dia tetap menyokong saya.

“Cuma, dalam perkara ini saya tidak mahu mementingk­an diri sendiri. Sekiranya ditakdirka­n tidak boleh melahirkan zuriat untuk suami, saya reda. Malah saya sedia terima ketentuan jika suami berhajat kahwin lagi satu.

“Ketika itu, saya tidak boleh menghalang. Namun, saya dengar rela hati berundur. Sejujurnya, saya tidak sanggup bermadu. Pada masa sama, saya boleh berdikari kerana masih mempunyai kerjaya,” katanya.

Disebabkan itu juga, timbul dakwaan mengatakan perkahwina­n dibina pada 11 Januari 2015 itu sedang bergolak.

Tambahan pula, Elizad yang juga pelakon drama Papa Rikcy jarang memuat naik gambar bersama suami di laman Instagram miliknya.

“Banyak yang fikir

Tepis dakwaan perkahwina­n

dibina pada 2015 bergolak

kerana belum ada

zuriat

apabila tak ada anak, rumah tangga pun bermasalah. Suami pula sibuk dengan kerjayanya. Pada masa sama, saya pula jarang muat naik gambar bersama.

“Apa yang boleh katakan, saya dengan suami okey. Kami gembira dengan kehidupan. Cuma, apabila bercakap mengenai anak, siapa kami untuk mempersoal­kan takdir Allah,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembang­an kerjaya seninya, Elizad kini muncul dalam drama bersiri Syurga Yang Kedua di saluran Astro Prima.

Menerusi drama itu, Elizad melakonkan watak Sabrina, wanita terpaksa melalui kehidupan poligami apabila suaminya dipaksa berkahwin lain oleh ibu mentuanya atas alasan inginkan waris dalam keluarga mereka.

“Saya mahu watak ini memberi inspirasi kepada wanita terutama isteri pertama yang

 ??  ??
 ??  ?? Suami adalah individu yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepada saya.
Dia selalu cakap, ada rezeki adalah. Kalau tidak ada sekali pun, dia tetap menyokong saya
Suami adalah individu yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepada saya. Dia selalu cakap, ada rezeki adalah. Kalau tidak ada sekali pun, dia tetap menyokong saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia