Harian Metro

‘SENI ITU UNIVERSAL’

-

mempersemb­ahkan yang terbaik untuk filem ini,” katanya. Di negaranya, Godfred mula mencipta nama dalam industri perfileman di sana selepas dia membintang­i filem The Raid Redemption pada

2012 bersama barisan artis terkemuka di sana, Iko Uwais, Yayan Ruhian, Joe Haslim, Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman.

Dalam filem itu, Godfred mendukung watak hitam yang sangat bengis dan tidak kenal belas kasihan.

“Beri peranan apa saja, kita mesti bersiap sedia tetapi jika diberi pilihan, saya lebih suka melakonkan watak antagonis kerana bagi saya membawa watak itu tidak begitu sukar. Apatah lagi, wajah saya sudah sedia kelihatan serius dan bengis,” katanya.

Lelaki yang dilahirkan di Maumere, Flores itu juga pernah bergelar atlet kebangsaan Indonesia untuk seni bela diri Tarung Derajat.

“Lalu raut wajah dan jiwa saya sudah terbentuk secara semula jadi orang yang ‘keras’. Lagi pula, melakonkan watak antagonis membuatkan penampilan­nya dalam filem mudah diingati penonton.

“Ketika berada di Medan (Sumatera Utara) saya pernah dimarahi orang tua-tua yang tidak suka dengan peranan yang saya mainkan dalam filem dan itu tandanya, lakonan saya berhasil,” katanya.

Filem lain lakonan Godfred, Message Man, Bulan di Atas Kuburan, Skak Mat, Cukup Gue dan filem Hollywood, Foxtrot Six yang dalam pembikinan.

KL Wangan menjengah pawagam pada 21 Disember ini.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia