Harian Metro

Teruja dan menggelaba­h

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Jihan sedia jika ditakdir bersalin awal sekalipun di pentas akhir GV4

Melihat gaya mengacara di pentas Gegar Vaganza (GV), tentu ramai terlupa Jihan Muse sedang sarat hamil dan menyembuny­ikan rasa penatnya.

“Sebagai selebriti, tugas kita menghiburk­an penonton. Di pentas

GV, tugas saya adalah mengacara.

“Jadi, tak kiralah sama ada penat atau mengah kerana sedang sarat hamil, saya perlu sembunyika­n semua rasa itu dan terus menghiburk­an penonton,” katanya.

Menurut Jihan yang kini hamil 33 minggu, dia dijangka bersalin menjelang Januari.

“Pada awalnya, doktor menjangkak­an saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangk­an saiz bayi dalam kandungan agak besar.

“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirka­n bersalin lebih awal daripada jangkaan. Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ‘jatuh’,” katanya.

Suaminya, pelakon Ungku Hariz juga sudah bersiap sedia untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

“Memandangk­an ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan menggelaba­h.

“Kalau ditakdirka­n dia bersalin di pentas akhir GV4 sekali pun, saya perlu bersiap sedia,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan barangan bayi, Jihak berkata dia belum membeli apa-apa keperluan.

“Kami pun baru saja tahu jantina bayi. InsyaAllah dalam beberapa hari lagi atau mungkin selepas selesai GV4 baru kami akan beli apa yang patut.

“Terima kasih kepada peniaga online di Instagram yang sudah mula bertanya bagaimana mahu menghantar barangan bayi kepada kami,” katanya.

Terbaru, Jihan dan Ungku Hariz menjalani penggambar­an program berbentuk Vlog yang disiarkan di YouTube MeleTOP.

“Vlog ini mengenai perkembang­an kehamilan ini dan aktiviti kami. Alhamdulil­lah, selepas dua episod ditayangka­n jumlah tontonan mencatat lebih sejuta,” katanya.

 ??  ?? Kami pun baru saja tahu jantina bayi. Insya-Allah dalam beberapa hari lagi atau mungkin selepas selesai GV4 baru kami akan beli apa yang patut
Kami pun baru saja tahu jantina bayi. Insya-Allah dalam beberapa hari lagi atau mungkin selepas selesai GV4 baru kami akan beli apa yang patut
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia