Harian Metro

‘Usah terbawa dengan emosi’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Zarul berharap peminat tidak menghentam lakonannya dalam drama Syurga Yang Kedua

Perkataan poligami amat digeruni wanita dan walaupun ia sekadar lakonan bimbang pula jika watak itu terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi.

Zarul Husin, 41, yang membawakan watak suami beristeri dua dalam drama Syurga Yang

Kedua berharap penonton tidak terbawa-bawa dengan emosi sehingga menghentam lakonannya dalam drama itu.

Drama itu kini bersiaran di Astro Prima, jam 6 petang.

Zarul atau Zairulkefl­i Husin berkata wataknya sebagai Danial yang berkahwin dua memang terjadi dalam masyarakat.

“Bagaimanap­un, saya hanya melakonkan watak itu dan bukannya realiti. Saya tahu peminat hari ini boleh membezakan antara lakonan dan realiti. Jadi janganlah terlalu emosi ketika menonton drama itu. Saya yakin ada peminat wanita marah dengan tindakan Danial,” katanya.

Zarul akui bukan mudah untuk menjiwai watak Danial.

“Kalau dalam lakonan pun susah, inikan pula jika ia betul terjadi. Sebenarnya poligami jadi mudah sekiranya seseorang lelaki mengikut ajaran agama yang sebenar dan sepatutnya beritahu isteri pertama jika mahu berkahwin lagi,” katanya.

Mengenai penerimaan isterinya, Intan Nur Fathihah, Zarul berkata isterinya sangat memahami.

“Isteri tahu saya berlakon saja dan saya sangat menyayangi­nya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia