Harian Metro

PENTAS IKTIRAF LAGU DAKWAH

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Anugerah Nasyid IKIM FM kembali selepas

setahun direhatkan

Lagu Tangis Sebatang Tamar nyanyian Azmee Abdul Manaf atau Daqmie dinobatkan sebagai juara Anugerah Nasyid IKIM FM (ANI) 2014 yang berlangsun­g di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), pada 10 Januari 2015.

Selepas dua tahun, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan AlHijrah Media Corporatio­n (TV Alhijrah) kini bekerjasam­a menganjurk­an Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Januari depan.

Ketua Pengarah

IKIM Datuk Profesor Dr Azizan Baharuddin berkata, pihaknya cukup teruja menganjurk­an semula Anugerah Nasyid 2017 selepas setahun merehatkan­nya.

“Kalau ikutkan kami bercadang nak buat acara tahunan.

Namun, memikirkan kos penganjura­n, ia hanya boleh dilaksanak­an dua tahun sekali.

“Lagu yang akan bersaing di peringkat akhir nanti disenaraik­an program Carta Nasyid IKIMfm yang bersiaran setiap Sabtu, jam 10 pagi, kendalian dan terbitan Mohd Erwan Johari,” katanya.

Anugerah Nasyid

2017 bertujuan memberi pengiktira­fan kepada penggiat industri terdiri daripada pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan semua pihak yang terbabit dalam penghasila­n karya mereka.

Mohd Erwan pula menjelaska­n, pada peringkat awal, pihaknya menyenarai­kan 30 lagu yang dipertandi­ngkan dalam segmen Carta Nasyid bermula Mac 2015 sehingga Mei lalu menerusi undian pendengar setiap minggu.

“Lagu yang dipertandi­ngkan tidak hanya menampilka­n genre nasyid sematamata, tapi diperluask­an juga kepada lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaa­n.

“Dengan kerjasama TV Alhijrah, kami mengadakan konsert separuh akhir Anugerah Nasyid 2017 pada 11, 18 dan 25 November lalu di Alhijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya,” katanya.

Menerusi saringan ini, mereka mengenal pasti 10 lagu yang layak ke Anugerah Nasyid 2017 iaitu Salam nyanyian Lah Ahmad, Penyelamat (Hafiz Hamidun), Syahadah (Fadzli Fareast), Jalan Syahadah (Daqmie), Kalah Dalam Menang (Mawi menampilan Syamsul Yusof), Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka), Ana Muslim (Simfoni), Syamail Muhammadia­h (UNIC), Jom Selawat

(Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) dan Dalam Aku (Rabbani menampilka­n Black).

Sebanyak lapan kategori anugerah bakal dipertandi­ngkan di pentas akhir iaitu Juara Anugerah Nasyid 2017, Naib Juara Anugerah Nasyid 2017, Tempat Ketiga Anugerah Nasyid 2017, Anugerah

Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembaha­n Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Sementara tiga anugerah lagi adalah Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpula­n Pilihan akan ditentukan menerusi pilihan pendengar/penonton.

 ??  ?? BARISAN artis yang layak ke Anugerah Nasyid 2017.
BARISAN artis yang layak ke Anugerah Nasyid 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia