Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam THE HUNTSMAN: WINTER’S WAR TV3, 6.30 petang SEKALI AKU JATUH CINTA EPISOD 15 TV3, 7 malam LELAKI ITU PEMILIK HATIKU EPISOD 27 TV3, 10 malam THE DAY THAT DOESN’T EXIST

Ratu Ravenna yang jahat dan berkuasa dapat tahu adiknya, Freya bukan sahaja bercinta dengan lelaki biasa bernama Andrew, tetapi sedang hamil.

Selepas melahirkan bayi perempuan, Freya terkejut mendapati Andrew membunuh anak mereka.

Freya memberonta­k dan membunuh Andrew. Dia kemudian mendapat kuasa dan berubah menjadi Ratu Ais.

Freya kini berhijrah dan membuka kerajaan baru. Sebagai pemerintah, Freya mengarahka­n semua kanak-kanak menjadi tentera dan tidak boleh wujud rasa cinta dalam diri mereka.

Namun begitu, dua tentera terbaiknya, Eric dan Sara yang membesar bersama mula jatuh hati antara satu sama lain.

Mereka terpaksa bercinta secara rahsia, berkahwin secara senyap dan merancang untuk melarikan diri daripada kerajaan yang diketuai Ratu Ais.

Pelakon: Chris Hemsworth, Charlize Theron dan Emily Blunt. Johan membuat perancanga­n sendiri. Dia menghubung­i hospital dan menunda tarikh pemeriksaa­n kesihatan Tok Ayah.

Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Faye Kusairi. Nurin marah pada diri sendiri. Dia mengakui cuai menjaga kesihatan dan rasa bersalah terhadap Luqman.

Pelakon: Raja Afiq, Puteri Aishah dan Julia Farhana Marin. Mengisahka­n wanita bernama Poon Ka Sze yang kehilangan tunangnya dalam satu kemalangan. Namun, dia terkejut apabila tunangnya kembali ke rumah.

Pelakon: Dayo Wong Chi Wah, Sheila Chan Suk Lan dan Anthony Wong Chau Sang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia