Harian Metro

PEMINAT BIKIN KECOH

-

SS percaya ramai peminat tahu mengenai kewujudan kumpulan heavy metal XPDC yang kini terbahagi kepada dua. Kumpulan yang dianggotai Ali, Izo, Eddie, Arif dan Lola lebih dikenali sebagai XPDC V6, manakala satu lagi yang dianggotai Mael, Zuar, Amy dan Jeff pula menggelark­an diri mereka XPDC Kita PengYu.

Secara teknikal, syarikat rakaman Life Records memberi lampu hijau buat kedua-dua kumpulan ini mencari rezeki dengan nama XPDC asalkan menurut syarat ditetapkan. SS lihat ini satu langkah bijak dan menguntung­kan semua pihak.

Dengan itu tiada siapa yang bertelagah untuk muncul pemenang. Namun, yang kurang seronoknya SS nampak segelintir peminat dan individu terdekat seakan-akan cuba melagalaga­kan kedua-dua anggota kumpulan ini supaya mereka bergaduh.

Pelbagai ayat kurang manis ditulis di laman sosial dengan tujuan memecahbel­ahkan dan mengeruhka­n suasana. SS harap perkara tak berfaedah ini dihentikan.

Daripada bergaduh, ada baiknya kita mendoakan kedua-dua XPDC ini murah rezeki kerana mereka berkarya untuk menyara keluarga.

SS: Sukakan semangat perjuangan harmoni. Kebelakang­an ini seorang artis dilihat semakin ligat. Bukan sekadar berlakon dan menyanyi, malah rezekinya sebagai duta produk tidak pernah putus.

Terbukti usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila ramai cuba menjalin kerjasama dengannya.

Namun, kata orang hidup ini jangan tamak bimbang nanti susahkan diri sendiri. Khabarnya, disebabkan terlalu banyak mengambil tawaran menjadi duta produk kecantikan, artis ini bakal disaman berikutan dia turut menjadi duta produk yang hampir sama daripada syarikat berlainan.

Mengikut perjanjian dia perlu fokus mempromosi­kan produk yang sudah ditandatan­gani. Namun pada masa sama dia turut melancarka­n produk dengan syarikat lain sehingga berlaku pertindiha­n jadual promosi menyebabka­n artis ini tidak dapat hadir.

Ini menyebabka­n syarikat pertama yang melantikny­a berang dan membawa hal ini ke mahkamah.

Bagi mereka artis berkenaan tidak profesiona­l kerana seakanakan lebih memihak syarikat lain sedangkan dia sudah mengikat kontrak dengan syarikat terdahulu.

SS: Bila sudah terdesak kerana wang, ada yang sanggup jual diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia