Harian Metro

TEKNOLOGI MOBILITI

-

Perubahan ke arah IoT perlu efektif dan sistem menyeluruh wajar dilaksanak­an ekosistem

DARI MUKA 1

Namun pada masa depan, jika ia dipandang lebih meluas dan canggih, memandu juga bersangkut paut dengan aktiviti lain.

Waze, Uber dan Grab antara yang merubah senario mobiliti di dunia termasuk Malaysia.

Misalnya, anda masuk kenderaan dan maklumat lokasi, jarak, jadual, cuaca, keadaan jalan raya dan tabiat pemanduan semuanya sudah dimasukkan dalam cip yang ‘memandu’ anda bergerak pada hari terbabit.

Memang nampak komplikate­d, tapi bahasa mudahnya, pergerakan anda pada hari itu semuanya diautomati­kkan.

Ia berkait rapat dengan Internet untuk segalanya (IoT) serta bandar pintar dan kenderaan tanpa pemandu juga antara tumpuan dalam perubahan mobiliti moden.

Meskipun masih di peringkat awal, kenderaan tanpa pemandu adalah masa depan yang diperlukan bagi masyarakat dunia.

Selain itu, cara masyarakat menggunaka­n teknologi mobiliti juga perlu diterapkan dengan lebih berkesan.

Pendek kata, mentaliti! Jika teknologi bersedia di depan anda namun cara berfikir masih sama, ia tidak membawa apa-apa perubahan ke arah kebaikan duni.

Misalnya, jika sebelum ini kebergantu­ngan kepada kereta sendiri boleh disifatkan 100 peratus, ia boleh berubah, sekali gus mengurangk­an kadar pengeluara­n karbon hasil penggunaan petrol dan bahan api lain.

Sebelum ini, kita menaiki kereta untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain namun apabila wujud Uber dan Grab ditambah pula peluasan pengangkut­an awam seperti LRT dan MRT yang menyeluruh, segalanya berubah.

Membawa kenderaan mungkin sekadar dari rumah ke pejabat manakala pergerakan seperti berjumpa klien, makan tengah hari dan sebagainya dilakukan dengan memanfaatk­an sepenuhnya teknologi.

Terutama dalam bandar, masalah seperti kawasan letak kenderaan, caj parkir dan kesesakan lalu lintas menjadi faktor perubahan teknologi perlu dilaksanak­an sepenuhnya.

Jika dulu, jarak yang terlalu dekat pun memungkink­an anda menggunaka­n kereta sebagai kenderaan untuk bergerak, mungkin boleh mengubahny­a dengan menaiki basikal Obike atau Grab.

Mobiliti moden membolehka­n pergerakan dikawal dengan lebih baik berdasarka­n teknologi yang sudah ada mahu pun teknologi masa depan.

Contoh mudah, anda mempunyai sebuah kenderaan tanpa pemandu yang menumpangk­an anda ke destinasi berdasarka­n maklumat yang diprosesny­a, datang dari sumber seperti Google Calendar atau hanya e-mel.

Kemudian, ia akan menyemak jadual perjalanan berdasarka­n keadaan persekitar­an seperti lalu lintas dan sebagainya sebelum menentukan perjalanan pengguna.

Di Malaysia, penggunaan kenderaan tanpa pemandu bukan mustahil meskipun ia mungkin mengambil sedikit masa.

Namun sebelum ia

 ??  ?? CIP kecil ciptaan Reka Studios ini mampu gegar dunia.
CIP kecil ciptaan Reka Studios ini mampu gegar dunia.
 ??  ?? KENDERAAN tanpa pemandu Reka Studios untuk apa saja kenderaan.
KENDERAAN tanpa pemandu Reka Studios untuk apa saja kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia