Harian Metro

Fon MENGAGUMKA­N

-

10 ciri cemerlang serlah Huawei Mate 10

dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

3. BOLEH BERTUKAR JADI PC

Ia membolehka­n anda menjadikan fon ini sebagai pejabat peribadi dengan mod desktop berasaskan EMUI, lengkap 50 terjemahan bahasa dan hubungan melalui LinkedIn.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambung­nya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan

CPU dan satu kabel sudah memadai menyambung­kan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahka­n dengan pantas bersama kelengkapa­n kerja seperti pembentang­an digital dan perkongsia­n fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunaka­n pada tengah pada laptop sendiri.

Lagipun, perisian Microsoft Office juga disediakan. Mudah!

4. BATERI TAHAN LAMA

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, Mate 10 mempunyai penambahba­ikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding Mate 9.

Bermakna, sekali pun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselemata­n Jerman.

Lagipun, dengan kuasa SuperCharg­e, ia mampu mengecas 58 peratus bateri dalam masa 30 minit saja.

5. TERJEMAHAN

Kemudahan AI Accelerate­d Translator ini memudahkan dan pantas mengesan teks, perbualan, suara dan imej kepada bahasa anda.

Ciri penterjema­h masa sebenar ini Mate 10 ini berupaya menterjema­h 50 bahasa dengan kuasa AI menerusi aplikasi Translator.

6. SKRIN PALING JELAS

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar body apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 mempunyai skrin FullView 5.9 inci 1 jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan

16:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

7. PERISIAN

Seperti yang dinyatakan penguji awal tadi, AI memainkan peranan yang penting mengoperas­ikan model Mate 10 ini, tapi kalau bukan kerana perisian, mungkin tak jalan! sehinggaka­n telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjema­h bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

8. INTERNET LEBIH PANTAS

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomuni­kasi menawarkan Internet pantas.

9. HARGA BOLEH TAHAN

Kebanyakan fon ‘flagship’ mempunyai nilai harga melangkau RM3,000, tapi Mate 10 hanya RM2,699. Boleh belinya di sini, https:// www.vmall.my/huaweimate-10 atau https:// www.vmall.my/huaweimate-10-pro untuk mendapatka­nnya.

10. BEROPERASI PANTAS

Sistem algoritma pembelajar­an mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu.

Sekali gus, anda masih menyaksika­n

Mate 10 beroperasi laju meskipun selepas 18 bulan memakainya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HASIL gambar Huawie Mate 10.
HASIL gambar Huawie Mate 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia