Harian Metro

OPTIMUMKAN TELEFON 16GB ANDA

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Pindahkan aplikasi ke storan luaran seperti microSD guna App2SD

Kebanyakan telefon pintar di dunia mempunyai storan dalaman yang menempatka­n kandungan seperti aplikasi, sistem, gambar dan video dalam satu lokasi.

Bagi pengguna yang mempunyai kadar storan hanya 16GB, sememangny­a akan merasai kekangan ruang yang terhad kerana menjadi kebiasaan dua kandungan iaitu sistem dan aplikasi saja sudah memakan ruang yang banyak.

Jadi, jangan terkejut jika anda lihat ruang firmware memakan sehingga 5GB atau 6GB.

Jumlah memori yang sangat signifikan ditempatka­n dalam storan dipegang ‘sistem’ seperti (/ system,/datapartit­ions dan sebagainya.

Manakala sesetengah pengeluar telefon pula memasukkan aplikasi sendiri dalam telefon yang juga dikenali sebagai bloatware dan ia ditempatka­n dalam bahagian /data atau /sistem atau /cust.

Secara logiknya, mustahil untuk melihat pembahagia­n fail ini tanpa root. Manakala ruang lain pula dikhaskan untuk kemaskini ROM yang bertindak sebagai ‘system buffer’ atau ‘cache storage’.

Sudah pasti sukar untuk ‘uninstall’ atau membuang aplikasi tidak diperlukan dalam partition sistem ini.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengoptimu­mkan ruang dalam storan dalaman:

1. Periksa aplikasi tersedia dalam fon (bukan yang dipindah turun anda) yang tidak digunakan.

2. Bersihkan cache dan data kemudian buang kemaskini dan akhirnya padamkan terus daripada fon (supaya ia tidak lagi mengemaski­ni).

3. Jika anda mahu memanfaatk­an root, cuba pindahkan aplikasi ke storan luaran seperti microSD menggunaka­n aplikasi App2SD.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia