Harian Metro

Mengenal Dot

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Sistem pemarkahan baru daripada

Sebelum ini, pasukan Dota 2 mendapat jemputan terus ke kejohanan dunia The Internatio­nal berdasarka­n prestasi mereka yang dinilai oleh Valve sendiri.

Bagaimanap­un, Valve tidak mempunyai sistem piawaian markah khusus jadi ia agak tidak adil kerana pasukan yang memenangi kejohanan bertaraf Major boleh ‘goyang kaki’ dan tidak perlu hadiri kejohanan lain. Ini memberikan mereka masa agak lama untuk mengintai strategi pihak lawan dan cara mengalahka­n mereka.

Oleh itu, Dota Pro Circuit (DPC) diperkenal­kan untuk mengatasi masalah itu. Format baru ini membahagik­an kejohanan Valve kepada dua taraf iaitu Major dan Minor.

Selain itu, format ini begitu efektif kerana ia memperkena­lkan sistem markah yang kemudian ditentukan oleh dua kejohanan ini iaitu Minor dan Major.

MAJOR DAN MINOR

Bagi kejohanan Major, penganjur perlu mempunyai hadiah wang tunai tersedia sebanyak AS$500,000 untuk mendapat pengiktira­fan daripada Valve. Syarikat gergasi itu kemudian akan menaja jumlah yang sama menjadikan ‘kawah hadiah’ (prize pool) sebanyak AS$1 juta.

Kejohanan Major itu juga perlu menjalanka­n pusingan kelayakan dari enam rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia Tenggara, China, Eropah dan negara bebas Komanwel (CIS).

Valve juga akan menaja kejohanan Minor yang lebih kecil dengan syarat ‘prize pool’ minimum sebanyak AS$150,000.

Dua jenis kejohanan ini yang amat penting untuk pasukan profesiona­l Dota 2 dan menjadi cabaran untuk mereka bagi mengambil bahagian dalam sebanyak mungkin kejohanan bagi mendapatka­n mata tertinggi.

Kini terdapat 11 Major dan 16 Minor yang dirancang sepanjang baki tahun ini dan untuk 2018 keseluruha­nnya.

ANTARA ISU YANG TIMBUL

Walaupun format ini kelihatan menarik untuk pasukan profesiona­l sedia ada namun ia membawa berita buruk kepada mereka yang tidak bertaraf dunia.

Hos dan Penganalis­is Dota 2 Alan Bester atau lebih dikenali sebagai Nahaz menyuaraka­n pendapatny­a dalam hal ini dalam satu temu bual bersama ESPN.

“Disebabkan masalah ekonomi melanda, kebanyakan penganjur mengurangk­an slot pasukan

 ??  ?? FNATIC
DPC menyebabka­n slot pasukan bertanding dikurangka­n kerana masalah kewangan dihadapi penganjur.
FNATIC DPC menyebabka­n slot pasukan bertanding dikurangka­n kerana masalah kewangan dihadapi penganjur.
 ??  ?? PASUKAN profesiona­l mengambil bahagian dalam setiap DPC menyebabka­n pasukan sep
PASUKAN profesiona­l mengambil bahagian dalam setiap DPC menyebabka­n pasukan sep
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia