Harian Metro

Ta Pro Circuit

-

a Valve ini ada baik dan buruknya

daripada 12 hingga 16 kepada 8 hingga 10.

“Enam slot saja sudah diperuntuk­kan untuk pusingan kelayakan daripada setiap rantau.

“Sebagai contoh, ESL One Hamburg memberi jemputan terus kepada pemenang dan naib juara The Internatio­nal, Team Liquid dan Newbee,” katanya.

Nahaz berkata, jurang antara pasukan paras tinggi dan paras rendah sangat jauh kerana kekurangan slot diberikan dan ini menyebabka­n kesukaran untuk mereka bermain dengan lebih kompetitif memandangk­an persaingan akan menjadi jauh lebih sengit berbanding dulu.

Isu kedua pula berkaitan sistem keuntungan berdasarka­n ‘crowdfundi­ng’ yang diperoleh di dalam permainan itu sendiri.

Sebagai contoh, penganjur boleh mengeluark­an satu ‘item’ digital seperti Compendium dan tiket digital bagi memperoleh keuntungan yang kemudianny­a digunakan untuk menanggung kos produksi, tenaga kerja dan sebagainya.

Tapi selepas pengumuman Dota Pro Circuit, Nahaz berkata, ia tidak mungkin lagi menjadi kenyataan.

“Berbeza dengan Valve, kebanyakan penganjur lain akan menghadapi kesukaran untuk membayar kos produksi dan lainlain.

“Pemain juga perlu bermain dalam format kalah mati untuk menjimatka­n kos produksi. Malah, kini terdapat satu kejohanan Major dibatalkan kerana berdepan masalah kewangan,” katanya.

Bagi penulis sendiri, pasukan Malaysia yang ingin bermain di peringkat antarabang­sa akan menyuaraka­n kerisauan berhubung perkara ini.

Pertamanya, mereka perlu menyusun jadual untuk menghadiri kejohanan tempatan dan pada masa yang sama perlu bersaing dengan pasukan terhebat Dota 2 yang tidak akan berhenti memburu mata untuk mendapat jemputan terus ke The Internatio­nal 2018.

 ??  ??
 ??  ?? NAHAZ
NAHAZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia