Harian Metro

Teroka sosiobuday­a Korea

-

Program Pertukaran Belia Malaysia-Republik Korea

tingkatkan keyakinan diri

Menurutnya, setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai keunikan tersendiri dan meninggalk­an memori indah kepada setiap peserta.

“Selain aktiviti melawat sekitar Seoul, saya juga menggemari program bersama keluarga angkat.

“Bagi sesi ini, kami perlu menaiki pengangkut­an awam kereta api bawah tanah (subway) dari stesen Myeongdong ke Seoul dan bertukar laluan menuju ke City Hall untuk bertemu pihak Language Laboratory Operator (LABO).

“Pihak LABO membantu kami dalam mengendali­kan program bersama keluarga angkat selama dua hari satu malam.

“Inilah peluang kami untuk belajar mengenai adat dan budaya sebuah keluarga di Korea dari segi pemakanan, pakaian, permainan tradisi dan sebagainya.

“Memang berbeza budaya kita dan masyarakat di sana. Mereka sangat mementingk­an kebersihan dan pandai melayan tetamu,” katanya.

Katanya, Universiti Ewha Womans juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

“Di sebalik pemandanga­n dan infrastruk­tur universiti yang menarik, rupanya beberapa bangunan di situ pernah dibom dan dijadikan tempat perlindung­an mangsa perang.

“Selain itu, kami berpeluang ke Pulau Nami yang sekarang ini dilitupi salji tebal. Memang seronok!,” katanya.

Kata Aiman, dia berharap mendapat peluang untuk menyertai lebih banyak program anjuran IYC pada masa akan datang.

“Secara keseluruha­n, program ini sangat memuaskan dan bermanfaat untuk belia seperti saya.

“Banyak perkara yang kami pelajari dan boleh diguna pakai di negara kita.

“Sekali gus kami boleh berkongsi pengalaman dan sejarah menjejakka­n kaki di negara Korea dengan keluarga dan rakan,” katanya.

 ??  ?? PESERTA program bergambar sebelum berlepas ke Seoul, Korea Selatan.
PESERTA program bergambar sebelum berlepas ke Seoul, Korea Selatan.
 ??  ?? MENUNJUKKA­N cara memakai tudung kepada keluarga angkat di sana.
MENUNJUKKA­N cara memakai tudung kepada keluarga angkat di sana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia