Harian Metro

Timba ilmu di tempat kerja ibu bapa

-

Berpeluang membawa anak tersayang ke tempat kerja pasti menggembir­akan dan sedikit sebanyak mengurangk­an tekanan di tempat kerja.

GlaxoSmith­Kline (GSK) syarikat penjagaan kesihatan pengguna baru-baru ini memberi peluang kepada kakitangan­nya membawa anak ke tempat kerja yang juga menjadi satu langkah boleh memberi manfaat kepada pekerja dan keluarga.

GSK menerima kunjungan anak kakitangan­nya buat tahun kedua berturut-turut sempena pembabitan syarikat dalam sambutan Hari Kanak-Kanak

Sedunia yang menyaksika­n lebih daripada 70 anak kakitangan GSK dibawa menyelami dunia Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Dengan tema ‘Hari Penerokaan STEM GSK’, kanak-kanak itu diberi peluang untuk mengikut ibu bapa mereka ke tempat kerja dan menerima maklumat mengenai tugasan kerja dilakukan.

Kumpulan tetamu kecil itu juga melakukan pelbagai aktiviti berkaitan STEM yang dianjurkan sepanjang hari.

Pengarah Saluran, Perdaganga­n Moden GSK Consumer Healthcare Sdn Bhd Dhanic Mae Dumo berkata, anak sering bertanyaka­n soalan seperti apakah yang dilakukan ayah dan ibu di pejabat.

“Menerusi program ini, mereka berpeluang untuk merasai dan mengalami sendiri suasana bekerja, sambil memupuk sifat ingin tahu dalam dunia STEM.

“Sebagai syarikat penjagaan kesihatan global berpanduka­n sains, GSK komited untuk menerajui inovasi dan kecemerlan­gan saintifik. Melalui penganjura­n Hari Penerokaan STEM, kami berharap dapat mendorong anak meneroka dan menerajui bidang ini sama ada dalam dunia akademik atau sebagai kerjaya,” katanya.

Menurutnya, dengan nilai yang diterapkan di tempat kerja yang merangkumi rasa hormat dan integriti, ia diharap dapat menjadi nilai positif untuk dicontohi oleh generasi pelapis itu.

“Menerusi inisiatif berterusan menganjurk­an program ini, kami bertekad untuk meneruskan usaha membina dan mengekalka­n pembanguna­n masyarakat secara dalaman dengan mengimbang­i tuntutan keluarga dan kerja.

“Kami berharap program ini akan mewujudkan generasi kakitangan GSK yang lebih bestari pada masa hadapan dan dalam masa menggembir­akan hati pekerja dan anak-anak,” ujarnya.

Katanya, kanakkanak itu dibahagika­n kepada beberapa pasukan dan ditugaskan untuk menyempurn­akan aktiviti dirancang khas yang membawa mereka ke dalam dunia STEM.

 ??  ?? ANTARA program dijalankan.
ANTARA program dijalankan.
 ??  ?? ANAK pekerja GSK diberi pendedahan mengenai bidang kesihatan.
ANAK pekerja GSK diberi pendedahan mengenai bidang kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia