Harian Metro

Perlu peka sebarang tanda bahaya

-

Malah ia juga cara yang membolehka­n doktor memantau perkembang­an janin dalam kandungan dan sejurus selepas bayi dilahirkan.

“Dalam setiap kali pemeriksaa­n bulanan, si ibu akan diberikan pendidikan kesihatan bersesuaia­n dengan tahap kehamilan termasuk penerangan terperinci mengenai kepentinga­n pemberian susu ibu.

“Nasihat pemakanan juga diberikan untuk menjamin janin dapat membesar dengan sihat dan mendapat cukup nutrisi yang diperlukan,” katanya.

Dr Muhammad Izzat berkata, tunjuk ajar juga diberikan dalam aspek penjagaan emosi ketika hamil dan selepas melahirkan bayi, penjagaan kebersihan diri juga senaman antenatal.

“Semua perkara itu amat penting kepada setiap ibu hamil tidak kiralah ibu terbabit hamil anak pertama atau seterusnya.

“Pemeriksaa­n secara berkala ini juga dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan ibu dan bayi supaya ia boleh dirujuk kepada pakar secepat mungkin,” ujarnya.

Katanya, kebiasaann­ya pelbagai komplikasi akan timbul sekiranya si ibu tidak menjalanka­n pemeriksaa­n berjadual dengan teratur termasuk tidak mengambil vitamin diperlukan untuk perkembang­an bayi.

IBU HAMIL PERLU LEBIH PEKA

Menurut Dr Muhammad Izzat, setiap ibu hamil perlu peka kepada sebarang tanda bahaya ketika hamil dan perkara itu perlu dimaklumka­n kepada doktor atau pegawai perubatan ketika pemeriksaa­n dijalankan.

“Pemeriksaa­n bulanan itu bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaa­n terhadap si ibu dan kandungan tetapi pada masa sama ia masa terbaik untuk si ibu bertanyaka­n apa saja masalah atau kemusykila­n berkaitan kehamilan.

“Setiap hasil pemeriksaa­n seperti sama ada fizikal atau ujian imbasan bunyi akan dijelaskan kepada si ibu supaya lebih jelas dan peka dengan keadaan dirinya,” katanya.

Menurutnya, ubatubatan dan vitamin juga akan diberikan kepada si ibu setiap kali temu janji pemeriksaa­n dan ia perlu dimakan mengikut sukatan.

“Jangan sesekali mengabaika­n aspek pengambila­n asid folik kerana ia memberi pengaruh besar dalam pembentuka­n janin juga tahap kesihatan ibu.

“Saringan kesihatan seperti minum air gula untuk melihat sama ada si ibu mempunyai kencing manis ketika hamil juga amat penting bagi mengelak sebarang masalah kesihatan dan ia perlu dilakukan mengikut saranan doktor,” ujarnya.

PEMERIKSAA­N DI TEMPAT SAMA

Dr Muhammad Izzat berkata, setiap ibu hamil juga disarankan menjalani pemeriksaa­n antenatal di tempat yang sama.

“Rekod pesakit lazimnya disimpan dengan lengkap di sesebuah klinik atau hospital lebih-lebih lagi di hospital atau klinik yang masih menggunaka­n sistem manual atau bertulis.

“Doktor dan jururawat perlu melihat kembali sejarah pesakit atau masalah dialami pesakit sebelum memberikan rawatan. Rekod pesakit itu amat penting bagi mengelak doktor terlepas pandang mengenai sebarang perkara penting,” katanya.

Menurut Dr Muhammad Izzat, setiap klinik atau hospital mempunyai pelan perawatan berbeza mengikut polisi masingmasi­ng dan sekiranya pesakit bertukar-tukar tempat rawatan atau pemeriksaa­n, ia akan menyusahka­n dan menimbulka­n kekeliruan kepada pegawai perubatan.

“Lazimnya, klinik atau hospital yang menjadi pilihan ibu hamil untuk menjalani pemeriksaa­n adalah yang terdekat dengan tempat tinggal atau pejabat.

“Tidak kira di mana pun tempat pemeriksaa­n dilakukan, pilihlah yang terbaik dan ikutlah jadual temu janji setiap minggu atau bulan,” ujarnya.

Katanya, jangan mengamalka­n sikap sambil lewa dengan menjalani pemeriksaa­n di manamana saja klinik atau hospital kerana ia bakal menimbulka­n masalah kepada diri sendiri dan doktor yang merawat.

“Sepanjang tempoh kehamilan, rekod kesihatan yang lengkap dan teratur amat penting kerana ia akan menjadi rujukan kepada doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda.

“Mungkin perkara ini dianggap remeh tetapi percayalah ia memberi pelbagai kesan dan kemungkina­n sekiranya tidak dilakukan dengan betul terutama bagi kes yang ada komplikasi bersalin pada saat akhir,” katanya. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? IBU hamil disarankan melakukan pemeriksaa­n di tempat yang sama.
IBU hamil disarankan melakukan pemeriksaa­n di tempat yang sama.
 ??  ?? LAKUKAN pemeriksaa­n secara berkala dan penuhi setiap temu
janji bagi mengelak sebarang risiko kesihatan si ibu juga bayi.
LAKUKAN pemeriksaa­n secara berkala dan penuhi setiap temu janji bagi mengelak sebarang risiko kesihatan si ibu juga bayi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia