Harian Metro

LAWAN GODAAN NASI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tanpa mengira usia dan jantina setiap individu mengimpika­n untuk memiliki berat badan ideal bagi memastikan kesihatan diri berada pada tahap terbaik.

Mana tidaknya, masalah berat badan berlebihan bukan sahaja menyukarka­n pergerakan, malah bakal menimbulka­n risiko berhadapan pelbagai jenis penyakit gaya hidup yang kebanyakan­nya boleh disifatkan sebagai penyakit kronik.

Namun tidak dinafikan untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangka, perlukan semangat dan kekuatan luar biasa lebih-lebih lagi apabila berat badan sudah mencecah lebih 100 kilogram (kg).

Sama seperti individu lain, anak kelahiran

Klang, Selangor ini turut berusaha menurunkan berat badannya sejak lebih lima tahun lalu.

Hidayati Aziz, 29, berkata, memiliki berat badan 171kg membuatkan­nya mengalami pelbagai masalah kesihatan terutama berkaitan kaki.

“Saya mengalami masalah sakit lutut dan tapak kaki yang teramat hingga menyukarka­n saya untuk berjalan dalam tempoh lama. Ia juga menyebabka­n saya susah untuk menaiki tangga dan berdiri lama,” katanya.

Menurut Hidayati, semua kesakitan yang ditanggung itu sedikit sebanyak mengganggu tugas hariannya sebagai guru.

“Saya akui sukar untuk berdiri dan berjalan lama namun saya gagahkan juga demi memastikan amanah guru dapat dilaksanak­an sebaik mungkin.

“Berat badan berlebihan ini menyebabka­n saya mengalami pelbagai masalah kesihatan. Saya terfikir, berapa lama saya mahu hidup dalam keadaan begini (obes) dan mampukah saya menjaga diri sendiri apabila tua kelak jika masalah kesakitan akibat kegemukan ini berterusan. Semua perkara ini menyebabka­n saya nekad untuk melakukan sesuatu demi kebaikan diri sendiri,” katanya.

Semangat luar biasa dorong Hidayati turunkan

berat badan demi

kesihatan

Dia akui pernah mengamalka­n diet dengan mengambil makanan tambahan dan hanya makan dua atau tiga keping biskut sehari.

“Dengan mengamalka­n rutin diet itu saya berjaya menurunkan lima kg dalam seminggu dan

12kg dalam sebulan. Ia memang pencapaian yang menggembir­akan, tetapi kesannya tidak berpanjang­an. Oleh kerana langsung tidak mengambil nasi dalam diet seharian menyebabka­n saya tidak dapat bertahan dan akhirnya putus asa,” katanya.

Menurut Hidayati, selain itu, dia juga pernah mengikuti kumpulan untuk menguruska­n berat badan seperti the100 dan JK1M.

“Saya belajar mengenai berat badan ideal yang perlu dicapai dan bermula daripada itu saya mengira kalori apabila makan.

“Ketika itu setiap minggu saya mengikuti sesi latihan di Putrajaya dan berat badan saya berjaya diturunkan,” katanya.

Bagaimanap­un, usaha kali ini juga tidak bertahan lama dan sekali lagi dia berputus asa kerana tidak

 ??  ?? PERNAH berputus asa namun kini dia bangkit demi menjaga kesihatann­ya.
PERNAH berputus asa namun kini dia bangkit demi menjaga kesihatann­ya.
 ??  ?? HIDAYATI mengalami beberapa masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.
HIDAYATI mengalami beberapa masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.
 ??  ?? MENURUNKAN berat badannya untuk kekal sihat.
MENURUNKAN berat badannya untuk kekal sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia