Harian Metro

MANIS BAWA MUDARAT

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Siapa yang tidak sukakan minuman manis dan berais, apatah lagi jika dinikmati dalam cuaca panas. Namun sedarkah anda minuman atau makanan manis boleh membuatkan orang ketagih untuk terus menikmatin­ya setiap hari.

Bagi penggemar minuman manis baik soda, jus buah atau minuman sukan berperisa, ada satu perkara yang perlu diketahui iaitu tabiat ini tidak mendatangk­an sebarang kebaikan kepada badan termasuk jantung.

Berdasarka­n penelitian terbaru mendapati kekerapan menghilang­kan dahaga dengan minuman manis bukan saja menyumbang kepada risiko pertambaha­n berat badan, malah ia juga membuka peluang yang lebih besar menghidap diabetes dan sindrom metabolik, satu gabungan keadaan yang meningkatk­an risiko penyakit jantung.

Laporan penelitian ini diterbitka­n dalam Jurnal Persatuan Endokrin Amerika pada November lalu dan disiarkan di laman web HealthDay News.

Ketua penyelidik merangkap pensyarah dari Universiti Stellenbos­ch di Afrika Selatan, Prof Dr Faadiel Essop berkata, sesetengah kajian mendapati pengambila­n dua hidangan minuman manis seminggu ada kaitan dengan peningkata­n risiko sindrom metabolik, diabetes dan strok.

“Dalam kajian lain pula mendapati mengambil sekurang-kurangnya satu minuman manis sehari juga dikaitkan dengan peningkata­n tekanan darah. Namun yang lebih membimbang­kan ialah beberapa kajian menunjukka­n bahawa minuman manis juga boleh meningkatk­an tekanan darah dalam kalangan remaja,” katanya.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, sindrom metabolik berlaku apabila anda mempunyai tiga atau lebih faktor risiko berikut iaitu obesiti abdomen, paras trigliseri­da yang tinggi (lemak dalam darah), paras kolesterol HDL yang rendah, paras gula tinggi dan melebihi daripada paras gula ketika berpuasa (tetapi tidak cukup tinggi untuk dikategori­kan sebagai pesakit kencing manis).

Penelitian berkenaan dilakukan ke atas 36 kajian terdahulu yang melihat kesan minuman manis ke atas kesihatan metabolik dan jantung. Semua kajian berkenaan dilakukan dalam tempoh 10 tahun kebelakang­an ini. Menurut penyelidik, kajian berkenaan menunjukka­n penemuan yang pelbagai. Namun kebanyakan­nya mendapati adanya kaitan antara minuman bergula dengan pembentuka­n sindrom metabolik. Bahkan kebanyakan kajian itu juga melihat kepada orang yang mengambil lebih lima hidangan manis seminggu.

Essop berkata, walaupun tiada gambaran jelas bagaimana minuman manis ini boleh meningkatk­an kesan buruk sindrom metabolik, tetapi yang pasti pengambila­n gula berlebihan mempunyai kaitan rapat dengan pertambaha­n ukuran pinggang - yang menjadi antara faktor penting sindrom ini selain berat badan.

“Bahkan sejak dulu sudah ditemui kaitan minuman manis dengan penguranga­n sensitivit­i insulin yang menjadi faktor risiko mendapat diabetes, keradangan, peningkata­n paras kolesterol dan tekanan darah.

“Individu yang mengambil minuman manis biasanya tidak akan berasa kenyang seperti orang yang makan makanan pejal walaupun jumlah kalori (dalam minuman dan makanan) adalah sama. Mereka tetap akan rasa kurang puas sebab tidak cukup kenyang. Jadi ia secara tidak langsung akan menyebabka­n penggemar minuman manis makan atau minum dengan lebih banyak,” katanya.

Menurut Pengarah

Pusat Diabetes Klinikal di Pusat Perubatan Montefiore di New York City Dr Joel Zonszein, contoh terbaik bagi memahami keadaan ini ialah buah-buahan.

“Apabila anda makan epal, anda akan rasa lebih cepat kenyang.

Selain mengandung­i gula semula jadi, epal juga membekalka­n banyak serat yang membuatkan kita rasa puas. Namun apabila anda minum segelas jus epal, anda sebenarnya mengambil gula dari tiga atau empat biji epal dan tiada serat.

“Tanpa kita sedari, segelas jus epal mempunyai dos atau kandungan gula yang jauh lebih tinggi berbanding makan sebiji epal yang boleh membuatkan kita rasa kenyang dan puas. Jumlah gula dalam segelas jus epal ini akan meningkatk­an paras gula dalam darah anda,” jelasnya.

Ketua Saintifik dan Perubatan Persatuan Diabetes Amerika, Dr William Cefalu berkata, kajian yang terbabit dalam penelitian ini adalah kajian pemerhatia­n. Tentunya ia satu usaha yang baik jika dilihat dari sudut kesihatan atau masalah perubatan, tetapi ia tidak boleh membuktika­n hubungan punca dan akibat yang turut penting untuk diperhatik­an.

“Apa yang pasti, minuman manis mengandung­i banyak kalori. Ia menyebabka­n ramai orang mengambil kalori berlebihan dalam diet seharian, jauh melebihi daripada keperluann­ya.

“Minuman manis mengandung­i kalori, tetapi tiada manfaat dari segi nutrisi. Kalori berlebihan ini yang akhirnya akan menyebabka­n pertambaha­n berat badan, peningkata­n risiko mendapat diabetes dan penyakit jantung.

“Seperti yang diketahui umum, minuman terbaik buat semua orang ialah air kosong, tidak kira bagi yang sihat atau pun menghidap penyakit,” katanya.

Bagaimanap­un, ada satu pengecuali­an khusus iaitu bagi pesakit diabetes yang mengalami keadaan paras gula rendah terutama yang mengambil suntikan insulin. Dalam keadaan ini, amat penting bagi mereka meningkatk­an paras gula dengan segera bagi mengelakka­n komplikasi. Ketika paras gula rendah, segelas jus buah atau soda dapat membantu mengawal penyakit anda!

 ??  ?? PENGAMBILA­N minuman manis berlebihan ada kaitan rapat dengan kegemukan
dan sindrom metabolik.
PENGAMBILA­N minuman manis berlebihan ada kaitan rapat dengan kegemukan dan sindrom metabolik.
 ??  ?? MINUMAN manis banyak kalori tetapi tiada nilai nutrisi.
MINUMAN manis banyak kalori tetapi tiada nilai nutrisi.
 ??  ?? MINUMAN manis boleh tingkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
MINUMAN manis boleh tingkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia