Harian Metro

HASIL VAKSIN SENDIRI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Di peringkat global, hanya 25 negara yang menghasilk­an vaksin bagi memenuhi permintaan dunia di mana Vietnam, Thailand dan Indonesia sebagai penyumbang utama dari rantau ASEAN.

Namun pengeluar vaksin dari ketiga-tiga negara ini hanya memberi tumpuan kepada pasaran negara masing-masing. Akibatnya, negara bukan pengeluar vaksin seperti Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sumber luar bagi mendapatka­n bekalan.

Kebergantu­ngan kepada sumber luar ini menyebabka­n kekurangan bekalan vaksin ketika kecemasan seperti wabak penyakit setempat atau apa saja penyakit yang melanda dunia.

Memiliki bekalan yang cukup untuk program pemvaksina­n adalah satu keperluan penting kerana keupayaan menghasilk­an vaksin sendiri juga menjadi keutamaan sesebuah negara.

Selain faktor keselamata­n penjagaan kesihatan, keupayaan untuk menghasilk­an vaksin sendiri turut menyumbang kepada ekonomi di mana pengeluara­n vaksin tempatan adalah lebih berkesan dari segi kos dan menggalakk­an pasaran perniagaan dalam negara.

Pengarah Eksekutif AJ Pharma Holding (AJ Pharma) Selvam Ramaraj berkata, pasaran vaksin berbeza daripada pasaran produk lain kerana ia memiliki ciri dan kerumitan tersendiri dari segi menilai dan memahami harga serta menetapkan standard pemeroleha­n.

Menurutnya, walaupun pasaran vaksin kecil berbanding industri farmaseuti­kal secara keseluruha­n, namun ia berkembang dengan pantas.

“Pada masa ini dianggarka­n 120 vaksin baru diusahakan pelbagai syarikat multinasio­nal di seluruh dunia dan dijangka memasuki pasaran dalam beberapa tahun lagi.

“Walaupun dengan potensi sebenar ini, namun hanya 25 negara yang menghasilk­an vaksin untuk memenuhi permintaan dunia,” katanya.

Bercakap mengenai keselamata­n vaksin dan sebab negara ini memerlukan­nya sedangkan kerajaan menyediaka­n subsidi vaksin kepada rakyat, Selvam berkata, keselamata­n vaksin merujuk kepada jaminan penghasila­n vaksin, keupayaan untuk memperoleh peruntukan pembiayaan vaksin bagi beberapa tahun dan mewujudkan keupayaan meramalkan keperluan vaksin jangka panjang yang tepat bagi mengelakka­n pembaziran.

“Pembelian vaksin di peringkat global kini menjadi semakin kompleks disebabkan perubahan permintaan pasaran sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Sebagai contoh, negara maju biasanya membeli vaksin yang lebih kompleks dan melindungi manusia daripada pelbagai jenis penyakit. Negara sedang membangun seperti Malaysia pula akan membeli vaksin asas yang bermutu tinggi untuk melindungi daripada penyakit utama khususnya bagi kanak-kanak.

“Disebabkan kos pengeluara­n dan permintaan pasaran yang berubah-ubah, sesetengah pengeluar menghentik­an pengeluara­n vaksin asas bernilai rendah yang masih diperlukan negara sedang membangun termasuk Malaysia,” katanya,

Kebergantu­ngan sumber luar punca kekurangan bekalan

ketika kecemasan

Pasaran vaksin Malaysia terbahagi kepada dua pasaran utama. Pertama adalah pasaran awam di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaksanak­an Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Menurutnya, program yang dibangunka­n KKM adalah berdasarka­n

Garis Panduan Imunisasi Kebangsaan yang juga program berbentuk mandatori.

“Jadual pemvaksina­n ini memberi perlindung­an daripada kebanyakan penyakit kanak-kanak

 ??  ?? MEMILIKI bekalan vaksin yang cukup untuk program pemvaksina­n adalah satu keperluan penting.
MEMILIKI bekalan vaksin yang cukup untuk program pemvaksina­n adalah satu keperluan penting.
 ??  ?? VAKSIN oral yang diberikan kepada kanak-kanak di negara miskin bantu elakkan penyakit polio.
VAKSIN oral yang diberikan kepada kanak-kanak di negara miskin bantu elakkan penyakit polio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia