Harian Metro

TINGKAT KESEDARAN PEMAKANAN SIHAT

-

Kesihatan dan pemakanan adalah dua perkara yang berkait rapat. Kesihatan yang baik bermula daripada pengambila­n makanan seimbang.

Sehubungan itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memainkan peranan secara proaktif dengan objektif untuk menggalakk­an kehidupan sihat melalui kenikmatan makanan lazat dengan menganjurk­an kempen pendidikan yang berkaitan dengan pemakanan sihat.

Kempen Makanan Lazat, Kehidupan Sihat ini dianjurkan enam tahun berturut-turut bermula pada 2012 dengan menyasarka­n kawasan perumahan di pinggir bandar untuk mendidik dan meningkatk­an kesedaran pemakanan sihat dan seimbang terutama kepada suri rumah yang mungkin kurang terdedah kepada pengetahua­n mengenai makanan bernutrisi.

Secara keseluruha­nnya, penganjura­n kempen bagi tahun ini yang bermula pada Oktober sehingga Disember ini dijalankan di bandar kecil termasuk di Johor dan Pahang.

Menurut jurucakap Ajinomoto (Malaysia) Berhad, berpanduka­n inisiatif Nilai Bersama Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang menggalakk­an kehidupan sihat, tahun ini pihaknya memperting­katkan lagi mesej komunikasi dengan matlamat menangani isu kekurangan pengambila­n sayur-sayuran dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.

“Kempen itu turut menerangka­n mengenai kepentinga­n pemakanan seimbang dan petua masakan sihat tetapi lazat melalui aplikasi umami.

“Sepanjang 20 acara yang diadakan, peserta dapat mempelajar­i petua pemakanan seimbang melalui sesi perkongsia­n ilmu dan demonstras­i masakan secara langsung yang menunjukka­n cara penyediaan tiga hidangan seimbang dan lazat iaitu sup beraneka sayuran, nasi goreng Cina istimewa dan sayur campur pedas bersama tauhu goreng,” katanya.

Bagi memeriahka­n lagi acara ini, peserta dihidangka­n dengan tiga jenis masakan yang ditunjukka­n serta diberi bimbingan untuk merasai keistimewa­an umami melalui sesi cuba rasa tomato ceri.

Kempen ini adalah hasil kerjasama antara Ajinomoto (Malaysia) Berhad, masyarakat setempat, ketua kampung dan persatuan setempat serta semua peserta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 ??  ?? KEPERLUAN vaksin meningkat ketika adanya wabak penyakit setempat atau global. KEMPEN Makanan Lazat, Kehidupan Sihat untuk tingkatkan kesedaran pemakanan sihat dan seimbang kepada suri rumah.
ANTARA peserta kempen Makanan Lazat, Kehidupan Sihat.
KEPERLUAN vaksin meningkat ketika adanya wabak penyakit setempat atau global. KEMPEN Makanan Lazat, Kehidupan Sihat untuk tingkatkan kesedaran pemakanan sihat dan seimbang kepada suri rumah. ANTARA peserta kempen Makanan Lazat, Kehidupan Sihat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia