Harian Metro

Petua Aminah kekal cergas

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Minum air suam selepas bangun tidur selain amalkan senaman

Berstatus nenek dan mempunyai lapan cahaya mata tidak menjadi penghalang kepada wanita ini untuk kekal sihat dan cergas.

Melihat personalit­i dirinya langsung tidak menunjukka­n usia sebenar yang sudah mencecah angka 56 tahun.

Mana tidaknya, wanita ini masih ligat bekerja dan menjalanka­n rutin hariannya sama seperti wanita muda tanpa menunjukka­n tanda penat.

Aminah Mohamed Daim yang tidak lokek senyuman ini berkongsi langkah mudah yang diamalkann­ya sejak berusia belasan tahun hingga kini bagi memastikan kekal sihat.

Menurut Aminah, dia amat menekankan aspek senaman dalam rutin hariannya kerana yakin ia adalah langkah paling tepat untuk mendapatka­n tahap kesihatan terbaik.

“Saya bukanlah individu mempunyai jadual bersenam konsisten setiap hari namun apa yang saya amalkan adalah mudah iaitu dengan bersenam mengikut kemampuan diri walaupun sekadar berjalan.

“Tidak perlu memaksa diri, asalkan lakukan senaman yang mudah tidak kira di mana saja kerana ia akan membantu anda kekal cergas walaupun usia sudah meningkat,” katanya.

Aminah berkata, selain senaman, dia juga mengamalka­n pengambila­n air suam selepas bangun tidur iaitu sebelum bersarapan.

“Ia juga boleh dilakukan sebelum tidur sambil membaca selawat sebanyak tiga kali. Pengambila­n air suam yang cukup amat baik untuk kesihatan dan kalau boleh cuba elakkan minuman berais.

“Semua ini memang nampak remeh tetapi ia memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan terutama membabitka­n tahap kecergasan dan tidak mudah lesu,” ujarnya.

SUSUKAN SEMUA ANAK

Dianugerah­kan lapan cahaya mata membuatkan Aminah berpeluang memberikan susu badannya kepada semua anaknya.

“Ini antara teknik paling mudah, murah dan berbaloi kerana ketika menyusukan bayi ia dapat membantu mengekalka­n bentuk badan.

“Amat rugi kepada wanita yang mempunyai susu badan dan tidak mengalami sebarang masalah tetapi tidak dimanfaatk­an sebaikbaik­nya. Walaupun anda ada banyak wang untuk membeli susu formula, tetapi khasiatnya tetap tidak setanding dengan susu badan kerana semua proses membabitka­n penyusuan turut memberi kesan positif kepada badan ibu,” katanya.

Menurutnya, atas sebab itu juga, dia sentiasa menasihatk­an anaknya untuk mengamalka­n pemberian susu badan kerana ia memberi banyak manfaat kepada ibu juga kepada bayi.

“Dalam aspek pemakanan, saya sentiasa mengambil lebih sayursayur­an, ulam dan buahbuahan dalam diet harian. Ini semua orang sudah tahu tetapi ramai yang tidak mengamalka­nnya.

“Apa yang saya amalkan adalah mudah kerana semuanya tidak memerlukan perbelanja­an yang tinggi asalkan ada dilakukan secara konsisten,” ujarnya.

Aminah turut menekankan aspek penjagaan diri dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kerana ia adalah tempoh paling sesuai untuk menjaga kesihatan diri.

“Untuk sihat jangan sesekali abaikan petua nenek moyang seperti bertungku, berbengkun­g, berurut, pengambila­n jamu juga madu.

“Syukur, sehingga ke usia ini saya kekal sihat tanpa sebarang penyakit dan berharap dapat terus menjaga kesihatan supaya berada pada tahap yang baik,” katanya.

 ??  ?? AMINAH bersama suami, anak dan
menantu. Amat rugi kepada wanita yang mempunyai susu badan dan tidak mengalami sebarang masalah tetapi tidak dimanfaatk­an sebaik-baiknya
AMINAH bersama suami, anak dan menantu. Amat rugi kepada wanita yang mempunyai susu badan dan tidak mengalami sebarang masalah tetapi tidak dimanfaatk­an sebaik-baiknya
 ??  ?? KEKAL sihat walaupun sudah
berusia 56 tahun.
KEKAL sihat walaupun sudah berusia 56 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia