Harian Metro

REZEKI KARUK

-

laluan dinaiki air.

“Selain memasang pukat, ada penduduk lain yang menangkap ikan menggunaka­n jala. Banyak ikan yang diperoleh dari sungai berhampira­n kampung ini.

“Kebanyakan hasil tangkapan bukan untuk dijual, namun ia untuk hidangan keluarga masingmasi­ng,” katanya.

Asdeh berkata, kebanyakan ikan yang diperoleh ialah ikan karuk atau lebih dikenali sebagai ikan puyu di Semenanjun­g.

Sementara itu, surirumah, Norlaila Hashim, 39, berkata, dalam kejadian banjir terbaru ini, rumahnya dinaiki air jam 2 pagi, Ahad lalu.

Menurutnya, ketika itu, semua ahli keluargany­a sedang tidur.

“Ketika itu, ramai penduduk yang bergegas menyelamat­kan perabot rumah masing-masing daripada dihanyutka­n arus banjir.

“Tidak lama kemudian air mendadak naik di kawasan rumah kami. Pada masa sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba di kampung kami untuk memindahka­n penduduk yang terjejas,“katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah APM Sabah Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, 1,829 mangsa banjir ditempatka­n di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini, semalam.

Bagaimanap­un katanya, angka itu mungkin menurun apabila ada mangsa banjir yang sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, mulai petang semalam.

“PPS yang dibuka sehingga semalam ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud dan Dewan Sekolah Menengah Agama Tun Said,“katanya.

Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad lalu menyebabka­n 26 kampung di daerah ini dilanda banjir.

Mohd Izaimi berkata, anggota APM masih memantau dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti jika ada penduduk yang perlu dipindahka­n ke PPS.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? HASIL tangkapan ikan penduduk di Kampung Suang Punggur, Kota Belud.
FOTO HASIL tangkapan ikan penduduk di Kampung Suang Punggur, Kota Belud.
 ??  ?? ANGGOTA APM mengedar bekalan makanan kepada
mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Tun Said.
ANGGOTA APM mengedar bekalan makanan kepada mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Tun Said.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia