Harian Metro

Bomoh air liur songlap RM900,000

-

Padawan: Bomoh air liur. Itu modus operandi dua bomoh yang menjaja cerita kononnya ahli perniagaan dipukau memerlukan rawatan segera sehingga mendorong lelaki terbabit menyerahka­n wang mencecah hampir RM1 juta, sejak akhir bulan lalu.

Mangsa yang berusia 60 tahun itu didatangi dua lelaki yang dikenali di rumahnya di Batu Kawa, di sini, akhir bulan lalu sebelum mereka mendakwa ahli perniagaan itu dipukau beberapa orang termasuk isterinya.

Terkejut dengan dakwaan itu menyebabka­n mangsa kebimbanga­n sebelum meminta lelaki itu merawatnya.

Suspek juga sengaja menakutkan mangsa yang didakwa bakal berdepan pelbagai musibah sekiranya tidak dirawat segera tanpa menyedari sebenarnya dia menjadi mangsa pukau suspek.

Melihat mangsa mahu dirawat menyebabka­n suspek mengambil peluang dengan meminta sejumlah wang diberikan secara berperingk­at mencecah RM900,000 secara tunai.

Untuk memastikan ilmu pukau menjadi ‘tawar’ dan dia pulih sepenuhnya, mangsa sanggup menjual pelbagai aset miliknya untuk memastikan permintaan suspek dapat dipenuhi.

Bagi memastikan kegiatan mereka berjalan lancar, semua urusan penyerahan wang dilakukan secara tunai di rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan daripada ahli perniagaan itu, Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa mula sangsi dengan tujuan suspek untuk mengubatin­ya selepas menyedari wang diserahkan sudah mencecah RM900,000.

“Mangsa juga yakin dia hanya digunakan untuk mendapatka­n wang mudah dengan pelbagai alasan,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis 8 Disember lalu.

Berdasarka­n maklumat diperoleh, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan sudah mengenal pasti suspek dan tindakan lanjut dijalankan bagi menahan mereka dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai diminta lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya menyerahka­n wang dalam jumlah yang banyak kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFA
MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia