Harian Metro

Dibelasah kerana bunyikan hon

-

Lahad Datu: Hanya kerana membunyika­n hon selepas pacuan empat roda hampir melanggar keretanya, seorang wanita bukan saja menarik rambut seorang wanita lain, malah memukulnya beberapa kali menggunaka­n besi pengunci stereng.

Dalam kejadian di tepi jalan berhampira­n bangunan Jabatan Bekalan Air, Jalan Silam di sini, jam 11 pagi Ahad lalu, mangsa, wanita berusia 23 tahun cedera di bahagian perut, kaki dan tangan kanan.

Dia kemudian mendapatka­n rawatan di Hospital Lahad Datu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa memandu kereta Toyota Corolla dan kenderaan itu turut dinaiki kakak dan adiknya.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan untuk bersarapan di pusat bandar.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang wanita secara tiba-tiba masuk ke lorong di laluan kereta mangsa tanpa memberi sebarang isyarat.

“Ia menyebabka­n kenderaan itu hampir melanggar kereta mangsa.

“Terkejut dengan tindakan pemandu pacuan empat roda itu, mangsa membunyika­n hon dan menyebabka­n pemandu Toyota Hilux itu menurunkan cermin keretanya.

“Wanita terbabit mengatakan sesuatu dan memaksa mangsa memberhent­ikan kereta dipandunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian memberhent­ikan keretanya lalu wanita yang memandu Toyota Hilux keluar dari kenderaann­ya sambil membawa besi pengunci stereng.

“Wanita itu meluru ke arah mangsa lalu memukul perut, kaki dan tangan kanan.

“Suspek turut menarik rambut mangsa dan memukul tubuh mangsa.

“Selepas itu, wanita terbabit beredar dari lokasi kejadian, manakala mangsa mendapatka­n rawatan lanjut di Hospital Lahad Datu sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya giat memburu wanita yang juga pemandu pacuan empat roda itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia