Harian Metro

Tak sedar rempuh lori

- Am@hmetro.com.my

 Pemandu pacuan empat roda, rakan terselamat

Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki selepas pacuan empat roda yang dinaikinya merempuh lori kargo di Kilometer 451 Jalan Betong-Sarikei berhampira­n Meradong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa, Utar Kuleh, 54, duduk di bahagian penumpang Toyota Hilux cedera di muka dan badan akibat rempuhan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Deputi Superinten­dan Zamry Ali berkata, mangsa bersama rakannya yang berusia 37 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Julau menuju ke daerah ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, keadaan jalan yang gelap menyebabka­n pemandu Toyota Hilux berkenaan tidak menyedari lori diparkir di bahu jalan dan tidak memasang lampu kecemasan atau sebarang tanda amaran. “Akibatnya pemandu pacuan empat roda tidak sempat mengelak lalu merempuh lori berkenaan. “Mangsa bagaimanap­un tidak dapat dikeluarka­n kerana tersepit di bahagian penumpang depan dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dipanggil untuk mengeluark­annya,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Sarikei Suna Kaha berkata, pasukannya mengambil masa 16 minit mengeluark­an mangsa sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba perlu memotong bahagian besi kenderaan yang remuk bagi mengeluark­an mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke Hospital Sarikei,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia