Harian Metro

Bantu kesan saksi kemalangan maut

-

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan saksi kejadian kemalangan maut membabitka­n penunggang motosikal di Kilometer 2, Jalan Lahad Datu-Sandakan berhadapan kilang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, mangsa, Lauritz Lyle Parinias, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar kenderaan yang masih belum disahkan jenisnya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, sebelum kejadian, Lauritz yang menunggang motosikal Honda EX5, dipercayai dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju Lahad Datu.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentang­an.

“Akibatnya, motosikal mangsa dirempuh kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan itu dipercayai meninggalk­an tempat kejadian, sejurus selepas kejadian.

Katanya, orang awam yang menyedari kejadian itu segera menghubung­i pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Betong: Kecuaian lelaki yang menunggang motosikal secara melulu meragut nyawa warga emas di persimpang­an Pekan Pusa, di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 12.30 tengah hari, Muhamad Sulong Bujang, 71, yang menunggang Honda EX5 parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Namun, selepas lebih lapan jam bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia jam 11.30 malam di hospital berkenaan kerana parah di kaki.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Deputi Superinten­dan Bingkok John berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun menunggang motosikal jenis sama secara melulu.

Sebaik tiba di persimpang­an berkenaan, motosikal lelaki terbabit hilang kawalan sebelum merempuh mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Pekan Pusa.

“Akibat rempuhan kuat itu, motosikal yang ditunggang­i lelaki terbabit terbabas masuk ke dalam parit manakala mangsa tercampak ke bahu jalan.

“Penunggang itu bagaimanap­un tidak cedera serius, namun mangsa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan kecemasan,” katanya.

Bingkok berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga selepas selesai bedah siasat.

 ??  ?? MOTOSIKAL Muhamad Sulong (gambar kecil) terbabas ke parit.
MOTOSIKAL Muhamad Sulong (gambar kecil) terbabas ke parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia