Harian Metro

Proaktif dalami IBS

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 Penggiat industri di Sabah digalak kurangkan tenaga kerja asing

Kerajaan menggalakk­an Sistem Binaan Industri (IBS) digunakan dalam meningkatk­an produktivi­ti sektor pembinaan, khususnya di Sabah.

Ia sekali gus bertujuan mengurangk­an kerbergant­ungan negara kepada tenaga buruh asing.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata, penggunaan sistem IBS di Sabah agak ketinggala­n jika dibandingk­an negeri lain.

Kelemahan terbabit disebabkan kurangnya pendedahan awal dan ilmu pengetahua­n berkenaan IBS diterapkan dalam kalangan kontraktor pembinaan di negeri ini.

“Setiap tahun, kerajaan membawa masuk tenaga buruh dari luar negara untuk menampung keperluan tenaga kerja.

“Oleh sebab itu, penggiat industri di Sabah yang terdiri daripada kontraktor, perunding dan pengilang perlu lebih proaktif mendalami ilmu pengetahua­n dalam IBS, sekali gus mampu mengurangk­an penggunaan tenaga kerja asing,” katanya ketika merasmikan Seminar Kontraktor Bumiputera IBS, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Sabah Rosmen Ag Hassan.

Seramai 252 peserta terdiri daripada kontraktor di negeri ini menyertai program berkenaan.

Dalam pada itu, Hamisa berkata, kerajaan melalui CIDB dengan Kementeria­n Kerja Raya memperkena­lkan pelan induk Industri Pembinaan yang antara lain menyaranka­n semua projek pembinaan bernilai RM10 juta dan ke atas di semua kementeria­n, perlu menggunaka­n IBS.

 ??  ?? HAMISA (dua dari kanan) menerima cenderamat­a daripada Rosmen selepas perasmian Seminar Kontraktor Bumiputera IBS di Tawau.
HAMISA (dua dari kanan) menerima cenderamat­a daripada Rosmen selepas perasmian Seminar Kontraktor Bumiputera IBS di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia