Harian Metro

TIGA MAUT TEMBUNG LORI

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Wanita cium emak berulang kali sebelum maut nahas bersama suami, adik ipar

“Arwah Ina (Norhaslina Abdul Razak, 27) ada luahkan yang dia tak puas lihat wajah saya dan mencium saya sebelum dia, suami serta anak mereka bergerak pulang pada Sabtu lalu,” kata Aminah Jabil, 65.

Aminah ialah ibu kepada Norhaslina yang maut dalam kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, berhampira­n Kampung Teluk Memali di sini, apabila Proton Saga FLX dipandu suaminya Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah lori sebelum terseret ke dalam tali air.

Kemalangan tragis itu turut mengorbank­an Ahmad Nor Al-Zaidin dan adik ipar Norhaslina, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.

Menurut Aminah, dia sempat meluangkan masa bersama keluarga anaknya itu Sabtu lalu.

“Mereka datang menjenguk saya di rumah dan kami sempat makan bersama sebelum keluar ke pekan Langkap untuk membeli barang.

“Selepas pulang dari Langkap mereka hantar saya semula ke rumah dan sebelum pulang, Ina sempat mencium saya berulang kali, malah berkata dia tak puas melihat saya,” katanya yang tinggal di Chenderong Balai, Teluk Intan.

Aminah yang ditemui di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang berkata, pasangan terbabit meninggalk­an seorang anak perempuan tunggal, Nur Damia Qistina berusia empat tahun.

“Pagi semalam (kelmarin), menantu singgah di rumah sekejap dan mandikan cucu. Namun, dia mendiamkan diri dan merenung (melihat) saya saja sebelum ke tempat kerja.

“Mereka anak yang baik dan sentiasa mendengar kata namun saya reda dengan ketentuan ini,” katanya sebak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan

Awam, Infrastruk­tur, Tenaga Dan Air negeri Perak, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, Ahmad Nor Al-Zaidin mula bertugas sebagai pegawai khasnya sejak tahun 2009 dan mengenali arwah sebelum itu lagi.

“Arwah banyak membantu di peringkat daerah dan pada masa sama, dia juga Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik.

“Kehilangan­nya sangat dirasai kerana hubungan kami dan semua kakitangan sangat rapat,” katanya ketika ditemui di Hospital Changkat Melintang, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? KEMALANGAN kereta dengan lori di Kampung Teluk Memali menyebabka­n tiga mangsa (gambar kecil) maut, semalam.
NOR Azira
NORHASLINA
AHMAD Nor Al-Zaidin
KEADAAN kereta mangsa yang terseret ke dalam tali air.
KEMALANGAN kereta dengan lori di Kampung Teluk Memali menyebabka­n tiga mangsa (gambar kecil) maut, semalam. NOR Azira NORHASLINA AHMAD Nor Al-Zaidin KEADAAN kereta mangsa yang terseret ke dalam tali air.
 ??  ?? LORI yang ber t embu n g dengan kereta mangsa turut t er hu mban ke dalam tali air.
LORI yang ber t embu n g dengan kereta mangsa turut t er hu mban ke dalam tali air.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia