Harian Metro

DIBUNUH, DIBAKAR

- Siraj Mohd Zaini dan Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

“Saya tidak dapat melupakan senyuman cucu saudara, Chia Yuan Bin, 3, yang sangat indah dan senyuman itu akan saya ingat sampai bila-bila,” kata seorang ahli keluarga mangsa kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang awal pagi semalam.

Dia yang enggan dikenali dan tinggal di sekitar kawasan itu berkata, cucu saudaranya itu sudah lama tinggal bersama abang iparnya, Chia Tee Nang, 73, dan isteri, Lim Mai Shak, 68, serta sepupunya, Ryan Chia Zeng Xi, 10.

“Isnin lalu saya lalu di hadapan rumah Chia sebelum membunyika­n hon kereta dan melambaika­n tangan ke arahnya.

“Namun, saya tidak sangka itu kali terakhir saya melihatnya, saya agak terkilan kerana tidak dapat bertegur sapa dengan mereka pada hari berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, hubunganny­a dengan semua mangsa agak rapat dan sebaik mendapat berita, dia terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya ingat hanya rumah saja terbakar dan tidak sangka kebakaran itu meragut nyawa semua ahli keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Sepat Lim Chin Lee, berkata, sebaik saja mengetahui berita kebakaran itu, beliau terus menghubung­i balai bomba terdekat untuk mendapatka­n bantuan.

“Sementara menunggu anggota bomba tiba, saya menggerakk­an 20 anggota bomba sukarela lain dengan dibantu dua jentera.

“Kami memulakan operasi memadam api di rumah terbabit sebelum anggota bomba dari balai terdekat tiba dan menyambung

 Dua warga emas, cucu dibunuh sebelum dibakar

tugas memadam,” katanya.

Lim yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian itu berkata, penduduk kampung ada bercerita kepadanya mengenai video seorang mangsa kebakaran yang sempat menyelamat­kan diri.

Katanya, dia difahamkan, kanak-kanak lelaki itu terjaga daripada tidur jam 3 pagi kerana terdengar bunyi bising dari garaj kereta dan ternampak dua lelaki bertopeng.

“Menurut kanak-kanak itu, dia ternampak kepala datuk dan neneknya berdarah dan bersembuny­i di dalam tandas kerana ketakutan.

“Dia keluar dari tandas apabila menghidu bau

asap dan lari ke rumah bapa saudaranya,” katanya.

Menurutnya, video kanak-kanak yang dirakam penduduk kampung itu juga menunjukka­n kesan kelar di bahagian leher mangsa.

“Bagaimanap­un, kami tidak pasti kesan kelar itu dari pisau dua penjenayah terbabit atau serpihan kayu yang terjatuh ketika kebakaran berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? ANGGOTA forensik bomba melakukan siasatan di rumah yang terbakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang, semalam. PENDUDUK kampung membantu memeriksa barangan yang boleh diselamatk­an. AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan pilu.
FOTO: ANGGOTA forensik bomba melakukan siasatan di rumah yang terbakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang, semalam. PENDUDUK kampung membantu memeriksa barangan yang boleh diselamatk­an. AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan pilu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia