Harian Metro

EJEN CEKIK DARAH

Visamigran Bangladesh dicajtujuh­kali ganda

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

> Tiada visa jika tidak melalui ejen. Itulah peraturan dikenakan terhadap migran Bangladesh yang ingin memohon visa untuk melancong ke Malaysia. Namun, semakan Skuad Khas

Harian Metro mendapati caj dikenakan ejen ‘lintah darat’ yang dipercayai bersekongk­ol dengan staf Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Dhaka itu amat keterlalua­n - tujuh kali ganda berbanding kadar yang sepatutnya.

 Pelancong Bangladesh dikenakan bayaran lebih tujuh kali ganda melalui ejen untuk ke Malaysia

Kuala Lumpur

Lebih tujuh kali ganda bayaran dikenakan ejen yang bersekongk­ol dengan pegawai atau anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpusat di Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi meluluskan visa pelancong kepada warga Bangladesh yang mahu melancong ke negara ini.

Bayaran visa pelancong yang dikenakan adalah BDT5,400 (RM264), tetapi ejen yang dilantik Pesuruhjay­a Tingi Malaysia berjumlah 110 ejen mengenakan bayaran antara DBT40,000 (RM1,960) hingga BDT50,000 (RM2,452).

Malah, warga Bangladesh tidak dibenarkan berurusan terus di kaunter kecuali menggunaka­n ejen. Jika tidak menggunaka­n ejen, tiada visa yang akan diluluskan.

Sebaik bayaran dibuat, ejen akan menguruska­n visa berkenaan dalam tempoh dua minggu dan dijamin lulus.

Bayaran tinggi yang dikenakan ejen juga dikenali sebagai ‘lintah darat’ ini menyebabka­n ramai warga Bangladesh yang mahu ke Malaysia untuk bekerja secara haram tetapi memasuki negara ini sebagai pelancong sanggup bergolok-bergadai bagi mendapatka­n wang.

Mendedahka­n perkara ini, bekas ejen yang mahu dikenali sebagai Mus, 39, berkata, bayaran tinggi itu bertujuan ‘melicinkan’ urusan kaunter di pesuruhjay­a tinggi dan di lapangan terbang.

“Jika tidak bayar ejen, tiada visa. “Sebaliknya jika guna ejen hanya dua minggu diperlukan bagi mendapat kelulusan,” katanya.

Semakan di laman web rasmi Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di

Dhaka mendapati, sememangny­a

JIM tidak membenarka­n urusan langsung daripada pemohon bagi mendapatka­n visa pelancong untuk tempoh lawatan antara 15 hingga 30 hari.

Sebaliknya, terdapat 110 ejen berdaftar yang dibenarkan untuk proses permohonan berkenaan.

Dalam perkembang­an sama, sumber memberitah­u Skuad Khas Harian Metro bahawa pasukan khas yang dihantar ke Dhaka adalah bagi mengesan dalang sindiket penyeludup­an berkenaan selain menyemak caj dikenakan sindiket terbabit.

“Selain kesan atau bertukar maklumat mengenai empat warga Bangladesh yang menguasai KLIA, pasukan khas bertanggun­gjawab menyemak berkaitan proses permohonan visa.

“Hanya ejen bertauliah boleh proses permohonan visa, jadi pasukan khas terbabit akan kenal pasti mana ejen yang dilantik mereka bersekongk­ol dengan sindiket,” katanya.

Ditanya adakah empat dalang dimaksudka­n adalah Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom yang diburu pasukan khas itu, sumber itu

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA warga Bangladesh yang ditahan dalam serbuan di Plaza Serdang Raya, Seri Kembangan.
ANTARA warga Bangladesh yang ditahan dalam serbuan di Plaza Serdang Raya, Seri Kembangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia