Harian Metro

OKU RM15,000 SEBULAN

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

 Wanita OKU teruskan bisnes jahitan, restoran raih RM15,000 sebulan

Dia hampir putus asa selepas kedua-dua kakinya patah akibat kemalangan jalan raya tujuh tahun lalu namun seorang wanita orang kurang upaya (OKU) bangkit semula untuk meneruskan perniagaan jahitan dan restoran.

Nor Zaidah Ab Rahman, 42, sebelum ini membuka kedai jahitan dan gerai makanan di Tanjong Ipoh dan Melang, Kuala Pilah, mengalami kecacatan kekal dan kini bergantung pada kerusi roda.

Tragedi itu hampir meranapkan impiannya namun dia tidak pernah berputus asa melainkan sentiasa berdoa.

“Saya tahu ada hikmah di sebalik kejadian itu. Dari situ hidup saya mula berubah. Saya menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM300 sebulan.

“Selain itu, JKM turut memberi bantuan RM2,700 untuk meneruskan kerjaya menjahit sebelum saya membuka kedai di Tanjung Ipoh.

“Semuanya saya

belajar daripada kegigihan suami (Saifulriza­l Zahari, 44) serta sokongan lima anak berusia antara 12 hingga 24 tahun,” katanya ketika ditemui pada program Reach Independen­ce & Sustainabl­e Entreprene­urship (RISE) oleh Yayasan Maybank di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seremban 3, kelmarin.

Majlis disempurna­kan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank Shahril Azuar Jimin.

Nor Zaidah berasa bertuah kerana namanya dihantar JKM untuk menyertai program RISE.

“Selepas mengikuti program itu selama enam bulan bermula pada pertengaha­n tahun lalu, pendapatan bulanan saya meningkat.

“Sebelum ini, saya hanya memperoleh sekitar RM1,000 sebulan namun kini mencecah sehingga RM15,000 dalam tempoh sama.

“Hasil motivasi, cara pengurusan kewangan serta strategi pemasaran diajar semasa program itu membolehka­n saya memperoleh pendapatan berganda,” katanya.

Dia juga membatalka­n namanya sebagai penerima bantuan JKM selepas kedudukan kawanganny­a semakin kukuh.

“Walaupun ada kekurangan, ia bukan alasan untuk saya berjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TUNKU Ali Redhauddin beramah mesra dengan peserta selepas melancarka­n fasa ketiga program RISE, semalam.
TUNKU Ali Redhauddin beramah mesra dengan peserta selepas melancarka­n fasa ketiga program RISE, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia