Harian Metro

BUDAK KORBAN SENAPANG MOYANG

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Rayuan manja anak perempuann­ya meminta supaya dibawa pergi membeli kelengkapa­n sekolah menjadi igauan pilu seorang ibu apabila anaknya meninggal dunia akibat terkena tembakan senapang patah milik moyangnya, semalam.

Kejadian malang meragut nyawa Puteri Intan Shareni yang juga murid tahun dua itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di rumah datuknya, Saidin Hamid di Kampung Empa, Mukim Derang, di sini.

Difahamkan, mangsa dijaga datuknya selepas ibu dan bapanya bercerai dan ketika kejadian dia berbaring seorang diri sambil menonton televisyen di ruang tamu.

Menurut Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, dia mengetahui kejadian itu jam 11.30 pagi dan bergegas ke rumah bapanya untuk melihat kejadian.

“Sebaik tiba saya lihat keadaan muka Puteri berlumuran darah sambil dipangku neneknya. Saya terduduk dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

“Sepatutnya hari ini (semalam) saya ambil arwah untuk beli baju sekolah dan kelengkapa­n lain, tetapi tidak sempat.

“Malam tadi (semalam) masa saya menelefonn­ya, dia kata, mama esok mama baliklah... ambil kakak pergi beli baju sekolah. Masih terngiang-ngiang permintaan­nya,” katanya ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak menyangka dan amat bersedih dengan kejadian menimpa anaknya itu hasil perkahwina­n dengan bekas suami, Mohd Hishamuddi­n Azmi, 34, namun reda ketentuan Ilahi.

“Saya hanya tahu anak saya tertembak, tetapi tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku kerana berada di rumah di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Hishamuddi­n berkata, dia terkilan kerana ada berjanji untuk membawa arwah membeli peralatan

 Murid tahun dua maut ketika berbaring tonton televisyen di ruang tamu

sekolah esok.

Katanya, dia yang bekerja sendiri sering menelefon anak sulung daripada empat beradik itu dan jika dia pula yang sibuk, anaknya sulungnya itu pula akan menelefonn­ya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, arwah disifatkan seorang yang bijak, malah memperoleh Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus, Jitra, dekat sini.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA hiba di hadapan rumah nenek mangsa yang maut di Kampung Empa. ANGGOTA polis memeriksa senapang patah di Kampung Empa.
SUASANA hiba di hadapan rumah nenek mangsa yang maut di Kampung Empa. ANGGOTA polis memeriksa senapang patah di Kampung Empa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia