Bermalam noda isteri rakan
Anggota tentera turut dipenjara 13 tahun
Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan terhadap seorang anggota tentera selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya tahun lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mohd Zulkarnain didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan (ketika kejadian) di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Dagang di sini, jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Sepanjang pendakwaan, sepuluh saksi dipanggil membela diri manakala ketika pembelaan, empat saksi dipanggil.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Arunjothy manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azhar Mohd Ghazali.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa tidur bersama anaknya di dalam bilik.
Ketika itu keadaan gelap kerana lampu ditutup sebelum mangsa menyedari ada orang menghempap dan menodainya.
Mangsa mendakwa ketika itu dia berasa dalam keadaan separuh sedar kerana mengantuk dan menyangka lelaki itu adalah suaminya yang juga berkepala botak. Mangsa kemudian menolak lelaki itu dan berbaring secara mengiring selepas berasa sakit akibat dihempap. Tertuduh didakwa cuba memasukkan zakarnya ke dubur mangsa dan menyebabkan wanita itu bangun serta menjerit.
Mangsa kemudian menyedari lelaki yang berbogel itu bukan suaminya tetapi adalah rakan suaminya yang menumpang bermalam di situ.