Harian Metro

LAGI DALANG DICEKUP

- Oleh Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

> Pendedahan berterusan Harian Metro mengenai penyeludup­an masuk migran Bangladesh melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) menyaksika­n tiga lagi ahli sindiket termasuk pasangan suami isteri dan dua kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan. Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberitah­u semua mereka ditahan kelmarin di sekitar Lembah Klang dan KLIA, lapor Hayati Ibrahim

Putrajaya

Lagi dalang ditahan. Kali ini tiga ahli sindiket termasuk pasangan suami isteri dan dua kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti penyeludup­an masuk migran Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Mendedahka­n tangkapan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua mereka yang berumur dalam 40-an ditahan kelmarin di sekitar Lembah Klang dan KLIA.

“Pasangan suami isteri itu adalah ahli sindiket luar yang mana suaminya warga asing, manakala isterinya warga tempatan yang dipercayai bersekongk­ol dengan kakitangan JIM terbabit.

“Tangkapan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruha­n tujuh individu sudah ditahan. Ia dibuat JIM sendiri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin Kali ke-18 Bil 3/2017 di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Ahmad Zahid memaklumka­n dua pegawai JIM yang bertugas di KLIA sudah ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludup­an warga Bangladesh, bagaimanap­un, individu berkenaan bukan pegawai kanan di jabatan terbabit.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga dipetik sebagai berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dalam kes berkenaan termasuk mengenal pasti individu lain yang terbabit dalam kes itu.

Laporan eksklusif Harian

Metro sejak 7 Disember lalu mendedahka­n sindiket dikuasai warga Bangladesh memperoleh RM5.2 juta setahun, hasil aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Sindiket terbabit dikatakan mengenakan bayaran antara RM15,000 dan RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai JIM serta pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Op Pintas KLIA yang dilancarka­n Bahagian Anti Pemerdagan­gan dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan hampir tujuh bulan dilakukan bersama

Skuad Khas HM.

Hasilnya, 11 ahli sindiket berkenaan terdiri daripada empat ‘penerima’ dan tujuh penjaga ditahan bersama 33 warga Bangladesh yang berjaya lolos menerusi KLIA.

Berikutan pendedahan itu, JIM menubuhkan kumpulan khas yang dihantar ke Dhaka untuk menyiasat mengenai penyelewen­gan berkenaan.

 Jumlah tangkapan meningkat ke tujuh individu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang
Asing Tanpa Izin kali ke-18 di Bangunan Perdana Putra.,
semalam.
DR Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-18 di Bangunan Perdana Putra., semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia