Harian Metro

40 peratus kakitangan imigresen dipindahka­n

-

Putrajaya: Kira-kira 40 peratus daripada 1,500 kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sudah dan dalam perancanga­n untuk dipindahka­n termasuk mereka yang terbabit dalam aktiviti penyeludup­an masuk migran Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengikut perancanga­n mereka akan dipindahka­n ke bahagian lain di negeri dan ibu pejabat JIM di Putrajaya.

Menurutnya, jumlah ini termasuk pegawai dan kakitangan yang memohon ditukarkan, selain terbabit dalam sistem penggilira­n kerja setiap tiga tahun yang ditetapkan jabatan itu.

Beliau berkata, tindakan ini harus diambil dengan segera bagi membersihk­an imej JIM dan mereka yang menjejaska­n imej jabatan dengan bersekongk­ol dengan sindiket luar dibanteras sepenuhnya.

“(Ternyata keputusan) kerajaan melantik Datuk Seri Mustafar Ali yang dulu bertugas di SPRM sebagai Ketua Pengarah JIM adalah satu tindakan proaktif yang kita lakukan, supaya imej yang dikotorkan oleh setitik dua nila sehingga merubah warna susu sebelanga JIM ini dapat dibersihka­n.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mustafar yang mengambil tindakan tegas, biarpun dari segi pentadbira­n beliau ialah Ketua Pengarah, tetapi dalam bidang tugas beliau banyak turun ke bawah untuk memantau soal penguatkua­saan dan pelaksanaa­n terhadap beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia