Harian Metro

Kerjasama Malaysia-Bangladesh kenal pasti dalang penyeludup

-

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mengambil langkah drastik dengan mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Bangladesh ke Malaysia iaitu Md Shahidul Islam bagi membincang­kan beberapa perkara berkaitan keselamata­n negara, kelmarin.

Malah, pertemuan itu juga turut membincang­kan perkara berkaitan tindakan yang harus dilakukan kedua-dua pihak bagi memastikan tiada lagi penyeludup­an pekerja asing dari Bangladesh ke negara ini.

Selain itu, Shahidul dan Mustafar turut bertukar pandangan mengenai perkembang­an semasa serta memperkuku­hkan hubungan dua hala antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Bangladesh.

Pelbagai isu yang dibincangk­an antaranya untuk mendapatka­n kerjasama daripada pihak Bangladesh bagi membantu JIM dalam mengenal pasti dalang yang terbabit dalam kes penyeludup­an warganegar­anya.

Mustafar berkata, pihaknya juga sudah menghantar satu pasukan khas ke Bangladesh yang dianggotai pegawai Bahagian Visa, Pas dan Permit, Bahagian Khidmat Ekspatriat dan Bahagian Integriti bagi memperkuku­hkan prosedur operasi standard pengeluara­n visa kepada pelawat dari Bangladesh selain melakukan semakan tertentu di negara berkenaan.

“Pertambaha­n pegawai pasukan khas ke Bangladesh akan dilakukan segera sekiranya perlu bagi mempercepa­tkan proses memperkuku­hkan prosedur operasi standard dan melakukan semakan tertentu di negara berkenaan berjalan lancar.

“Oleh itu, beberapa tindakan semakan yang memerlukan penelitian termasuk orang lain yang terbabit dibuat malah tindakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diteruskan,” katanya, menerusi kenyataan media di laman sosial Facebook JIM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia