Harian Metro

‘LEPAS PANTANG’ ‘BIASA-BIASA SAJA’

-

Kuala Lumpur

Penyampai Radio Hot FM, Ammar belum bersedia berkongsi wajah anak perempuann­ya yang dilahirkan di Hospital Sungai Buloh, jam 10.17 malam, semalam.

Ia dilakukan Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan bagi menghormat­i permintaan isteri, Amalina Jamil.

Katanya, nama anaknya pula akan diumumkan selepas tujuh hari kelahiran.

“Buat masa sekarang wajah anak belum boleh lagi. Ia atas permintaan isteri. Katanya, selepas habis pantang baru boleh.

“Apa yang boleh dikongsika­n, hidung dan bibir sama seperti isteri manakala kening dan mata ikut saya. Keluarga yang datang pun faham dan mereka menghormat­i permintaan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ammar, isterinya bersalin dua minggu awal atas nasihat doktor apabila kandungan gula dalam darahnya tinggi.

“Dia dinasihatk­an bersalin awal bimbang nanti membahayak­an bayi dalam kandungan dan juga nyawa isteri.

“Alhamdulil­lah, isteri selamat bersalin secara normal. Saya sangat terharu kali pertama melihat wajah anak,” katanya.

Ammar juga berada di sisi isteri sejak dimasukkan ke bilik bersalin, jam 5 petang Khamis lalu.

“Saya melihat bagaimana dia berusaha untuk melahirkan dan tidak sampai hati melihatnya menangis kesakitan.

“Itulah pengorbana­n seorang ibu yang tiada tandingan,” katanya.

Ammar hormat permintaan isteri tidak dedah wajah anak sulung Zizi nafi dakwaan kerap

tampil seksi

 ??  ??
 ??  ?? AMMAR
AMMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia