Harian Metro

NANA TIADA CALON LAGI CEMAS BUAT AMAL JARIAH

-

Spekulasi nikah pengurus

tidak benar

Kuala Lumpur

Penyanyi Siti Nordiana, 33, berjanji tidak akan merahsiaka­n berita perkahwina­nnya jika mendirikan rumah tangga nanti.

Katanya, buat masa ini belum ada perancanga­n itu, malah calon pun tiada lagi, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan pengurusny­a, Anas, sekembalin­ya dari mengerjaka­n umrah.

“Tak benarlah dakwaan saya nak berkahwin dengan pengurus sendiri. Hubungan dengannya sekadar rakan sekerja.

“Apa pun, saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau ada calon, saya beritahu. Saya harap semua faham dan berhenti membuat spekulasi,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Nordiana atau Nana menjelaska­n, keberadaan Anas di Makkah mengerjaka­n umrah bersamanya bukan sebab bakal berkahwin seperti didakwa netizen.

Tegasnya, mereka memang tidak ada apa-apa hubungan.

“Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti.

“Memang jelas tidak ada sebarang perancanga­n ke arah itu. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sayang dan mendokan kebaikan buat saya,” katanya.

Nana yang dijangka pulang dari Makkah esok menegaskan, dia menunaikan umrah bukan untuk berdoa dipertemuk­an jodoh semata-mata, sebaliknya lebih kepada ditetapkan diri dan iman agar lebih istiqomah dalam kehidupan.

Istanbul

Peralatan kamera dibawa UNIC disyaki senjata

Misi kumpulan nasyid UNIC menyerahka­n sumbangan dan bantuan kepada pelarian Syria bersama Muslim Care Malaysia, berdepan dugaan apabila ditahan pihak berkuasa di sempadan Turki-Syria, semalam.

Kumpulan dianggotai Bazli Hazwan (Bazli), Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul) dan Wan Najdi Wan Mohd Noh (Najdi) itu melalui detik cemas apabila ditahan dan disoal siasat beberapa jam di balai polis di sana.

Kata Fakhrul, mereka ditahan sejurus keluar dari lapangan terbang kerana disyaki membawa senjata yang sebenarnya peralatan kamera yang diletak dalam beg.

“Kami akui kesilapan sendiri kerana tidak menyedari pada paspot sudah dicop tertera arahan meminta melaporkan diri di balai polis berhampira­n untuk disahkan.

“Tambah pula lokasi yang kami tuju, Reyhanli dikenali sebagai laluan tikus pihak tertentu untuk memasuki Syria-Turki. Mereka beranggapa­n kami cuba menyeludup masuk melalui laluan itu,” katanya.

Mereka berada di sana selama lima hari sejak awal minggu ini kerana mengikuti misi menyerahka­n sumbangan dan bantuan kepada pelarian Syria bersama Muslim Care Malaysia.

 ?? ‘Seksi ku tayang lurah Tapi ku bukan murah Ramai betul ustazah Cuba nak cari salah’
Siti Nordiana ?? Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti”
‘Seksi ku tayang lurah Tapi ku bukan murah Ramai betul ustazah Cuba nak cari salah’ Siti Nordiana Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti”
 ??  ?? DARI kiri, Bazli, Fakhrul dan Najdi berada di Turki atas misi kemanusiaa­n.
DARI kiri, Bazli, Fakhrul dan Najdi berada di Turki atas misi kemanusiaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia