Harian Metro

MENGAPA KAU RAFI?

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Wanita ditipu penjual motosikal

atas talian rugi RM10,000

Wang gaji lesap, motosikal impian lebur. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita yang meletakkan kepercayaa­n 100 peratus terhadap pembelian atas talian hingga menyebabka­nnya kerugian RM10,000 selepas ditipu penjual kenderaan itu.

Menurut sumber polis, mangsa berusia 20 tahun itu mahu membeli motosikal jenis Yamaha R25 daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Rafi menerusi sebuah portal jualan barangan atas talian minggu lalu.

Mangsa yang juga seorang pelajar kolej terus menghubung­i suspek dipercayai berusia 20-an untuk membeli motosikal berkenaan dengan harga RM10,000.

“Suspek kononnya mahu menjual kenderaan itu kerana ingin membeli kereta kerana sudah berkeluarg­a selain motosikal itu hanya diletakkan di rumah sahaja tanpa digunakan.

“Lelaki itu juga berjaya menyakinka­n mangsa supaya membuat pembayaran ansuran sebanyak RM1,000 sehari ke dalam akaun milik individu lain kerana lebih mudah dan tidak membebanka­n wanita itu,” katanya, di sini.

Bagaikan sudah masuk perangkap, wanita berkenaan mengikut sahaja kehendak lelaki itu dengan memasukkan wang sebanyak RM1,000 sehari sejak minggu lalu.

“Sebaik sahaja mangsa sudah membayar keseluruha­n harga motosikal berjumlah RM10,000 itu, secara tiba-tiba lelaki terbabit sukar dihubungi, malah jika mengangkat telefon pun pasti memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada menyerahka­n kenderaan itu.

“Wanita terbabit yang berasa tertipu terus membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, kelmarin, untuk tindakan lanjut selain berusaha mengesan lelaki berkenaan bagi menuntut kembali wangnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia