Harian Metro

MELAYU KEBUMI CINA Kerah tenaga bina landasan kapal terbang

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Amran Yahya am@hmetro.com.my

Tugu Jopun simpan 600 mayat jadi saksi kekejaman Jepun

Kuala Pilah

Sebuah jirat Cina yang terletak di Jalan Kampung Beting, Parit Tinggi di sini, kelihatan seperti tanah perkuburan biasa namun sebaliknya ia memiliki sejarah tersendiri apabila menempatka­n 600 mayat masyarakat Cina yang dibunuh tentera Jepun ketika penaklukan mereka pada 1942.

Lebih mengagumka­n apabila jirat berkenaan digali dan serpihan tulang ditanam semula oleh seorang lelaki Melayu iaitu Abdul Karim Mohd Jamil pada 1983 selepas diminta berbuat demikian oleh waris mangsa terbabit.

Abdul Karim, 58, yang juga bekas anggota komando berkata, dia menamatkan perkhidmat­annya di Sarawak pada 1982 sebelum pulang ke Kampung Mara Parit Tinggi setahun kemudian ketika berusia 24 tahun.

Katanya, dia kemudian diminta seorang waris untuk mengorek kubur lama yang menempatka­n 600 mayat masyarakat Cina yang dibunuh tentera Jepun.

“Kubur lama ini terletak 200 meter dari Kampung Mara Parit Tinggi. Saya bersama dua rakan diupah sebanyak RM500 (ketika itu) untuk menggali dan mencari serpihan tulang.

“Malangnya, dua kerja penggalian awal gagal sebelum penggalian kali ketiga berjaya menemui ratusan serpihan tulang di kedalaman dua

Kuala Pilah: “Sewaktu pendudukan Jepun di daerah ini, orang Cina akan dibunuh manakala orang Melayu dikerahkan tenaga mereka seperti hamba,” kata penduduk Kampung Pelangai, Udin Mahmud, 83, ketika menceritak­an semula kekejaman dilakukan tentera Jepun terhadap masyarakat di daerah ini pada 1942.

Udin berkata, ketika kedatangan askar Jepun, dia berusia lapan tahun dan menyaksika­n pelbagai kekejaman dilakukan mereka.

“Askar Jepun begitu rakus membunuh, mendera malah merampas semua sumber alam. Angkara penaklukan itu, penduduk menanggung penderitaa­n yang perit,” katanya.

meter.

“Sebaik menemuinya, saya memaklumka­n kepada waris, bagaimanap­un mereka takut untuk membawa naik

Menurut Udin, askar Jepun merancang menjadikan Juasseh di sini, sebagai markas tentera berkenaan pada 1942.

“Disebabkan itu, mereka membina sebuah lapangan terbang di Juasseh yang kini adalah tapak Klinik Kesihatan Juasseh,” katanya ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Bekas anggota tentera itu berkata, pembinaan lapangan terbang bermula dari Klinik Kesihatan Juasseh sehingga ke Bukit Gelugor, di sini, membabitka­n jarak sepanjang dua kilometer (km).

“Untuk merealisas­ikan hasrat itu, penduduk dikerah tenaga bagi membina landasan. Setiap hari penduduk dipaksa bekerja dan diberi upah hanya secupak beras,” katanya.

tulang dan tengkorak sebelum menambah bayaran RM1,000 kepada saya untuk kerja itu,” katanya.

Menurut Abdul Karim, dia

berseorang­an membawa naik ratusan serpihan tulang dan memasukkan­nya ke dalam 25 guni yang dilakukan seharian bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

“Selepas semuanya selesai, serpihan tulang dibawa ke Jalan Kampung Beting dan ditanam di kubur baru. Di situlah tugu peringatan yang dipanggil penduduk tugu Jopun (Jepun) dibina,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai sejarah itu, Abdul Karim pernah diceritaka­n oleh waris bahawa 600 penduduk membabitka­n kanak-kanak, wanita dan orang dewasa dibunuh tentera Jepun di Batu Kikir dan Juasseh.

“Waris memaklumka­n mangsa wanita turut dirogol sebelum mereka dikumpulka­n dalam sebuah rumah. Mereka kemudian dibunuh dan rumah itu turut dibakar,” katanya.

Menurutnya, tentera Jepun kemudian membawa abu dan serpihan tulang dan menanamnya di kubur lama berkenaan.

“Setahu saya pembunuhan dilakukan tentera Jepun adalah disebabkan Perang Jepun-China yang berlaku pada 1894 dan

1895,” katanya memberitah­u di hadapan rumahnya juga terdapat perigi yang dibina askar Jepun.

Katanya, sejak 1984 sehingga kini, ahli keluarga tentera Jepun akan datang ke tugu peringatan berkenaan untuk memberi penghormat­an sebagai tanda bersalah terhadap kekejaman dilakukan.

“Kedatangan mereka adalah antara tiga hingga lima tahun sekali, selain ahli keluarga mangsa turut datang untuk memberi

 ?? Abdul Karim ?? Kubur lama ini terletak 200 meter dari Kampung Mara Parit Tinggi. Saya bersama dua rakan diupah sebanyak RM500 (ketika itu) untuk menggali dan mencari serpihan tulang” TUGU peringatan di tanah perkuburan Cina di Jalan Kampung Beting, Parit Tinggi.
Abdul Karim Kubur lama ini terletak 200 meter dari Kampung Mara Parit Tinggi. Saya bersama dua rakan diupah sebanyak RM500 (ketika itu) untuk menggali dan mencari serpihan tulang” TUGU peringatan di tanah perkuburan Cina di Jalan Kampung Beting, Parit Tinggi.
 ??  ?? PERIGI yang pernah digunakan tentera Jepun.
PERIGI yang pernah digunakan tentera Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia