Harian Metro

BERSEMANGA­T TIMBA ILMU

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Murid derita sakit kulit sejak lahir terima kelengkapa­n baru sekolah

Seorang murid orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit kulit antara 1,000 penerima bantuan persekolah­an menerusi program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School’, kelmarin.

Nik Ainin Sofiya Nik Mohd Kamarul Zaman, 9, yang menderita penyakit itu sejak lahir menerima pakaian dan kelengkapa­n sekolah baru disumbangk­an Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Yayasan Tabung Haji (TH) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Rom berkata, dia gembira terpilih menerima pakaian dan kelengkapa­n berkenaan.

“Sumbangan ini menjadikan saya lebih bersemanga­t ke sekolah walaupun kesihatan dan pergerakan terbatas,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Penerima lain, Talib Awang, 38, dari Kampung Orang Asli Paya Petai berkata, sumbangan pakaian dan kelengkapa­n sekolah percuma itu membantu meringanka­n beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an.

“Biasanya, saya perlu membelanja­kan lebih RM300 untuk kelengkapa­n sekolah dua anak. Dengan adanya sumbangan ini, saya dapat berjimat dan menggunaka­n lebihan bajet untuk keperluan lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan KP1M Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, pihaknya sudah menjelajah 12 daripada 73 kawasan Parlimen di seluruh negara bagi menyampaik­an sumbangan bantuan persekolah­an kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan kurang RM1,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia