Harian Metro

BAJU KAHWINKU HILANG!

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kereta diparkir di hadapan apartmen lesap

Seorang pegawai penilai syarikat swasta bukan saja kehilangan kereta, malah pakaian persalinan untuk perkahwina­nnya yang diletakkan di dalam kenderaan itu turut lesap selepas kereta Perodua Myvi miliknya dicuri di hadapan sebuah apartmen di Ampang Mewah, di sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari mangsa, Tengku Nur Hashima Tengku Azmi, 25, selepas mendapati keretanya tiada di kawasan berkenaan ketika mahu ke tempat kerja kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata, sebelum kejadian, dia meletakkan kereta itu di hadapan apartmen didiaminya dan sudah memastikan ia berada dalam keadaan berkunci.

“Bagaimanap­un, ketika mahu mengambil kereta, saya mendapati kenderaan itu sudah tiada sebelum cuba mencari di kawasan sekitar. Pada mulanya, saya menyangkak­an mungkin ada pihak yang mengalih kereta itu disebabkan mengganggu laluan.

“Namun, selepas beberapa minit mencari di kawasan sekitar, saya menyedari ia dicuri dan menghubung­i rakan untuk bantuan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Katanya, dia baru saja membeli kereta berkenaan kira-kira sebulan lalu dan baru beberapa kali menggunaka­nnya dalam tempoh terbabit.

“Baru beberapa hari lalu, saya membayar bayaran bulanan kereta itu selepas genap sebulan menggunaka­nnya. Kali terakhir saya menggunaka­n kereta itu adalah Selasa lalu untuk balik ke kampung halaman.

“Saya terkilan kerana kehilangan kereta itu turut menyebabka­n pakaian persalinan perkahwina­n saya yang dirancang berlangsun­g pada Februari ini turut lenyap. Saya meletakkan persalinan itu di dalam kenderaan itu.

“Jika tidak dapat semula kereta itu, saya reda, namun saya harap boleh dapat semula pakaian persalinan perkahwina­n berkenaan kerana semua persiapan untuk majlis nanti sudah hampir selesai,” katanya.

 ??  ?? KERETA milik Tengku Nur Hashima yang hilang di hadapan sebuah apartmen di Ampang Mewah, kelmarin.
KERETA milik Tengku Nur Hashima yang hilang di hadapan sebuah apartmen di Ampang Mewah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia