Harian Metro

IMAMS AKSES VISA UMRAH

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Seramai 65 agensi pelanconga­n muassasah diwajib guna sistem baru

Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) akan menjadi satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah di Malaysia berkuat kuasa semalam.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, semua 65 agensi pelanconga­n berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunaka­n IMAMS bagi permohonan visa umrah.

Beliau berkata, sistem berkenaan adalah satu usaha untuk melaksana dan memantau pelbagai aspek kawalan oleh kerajaan dalam pelbagai urusan berkaitan pengendali­an umrah.

“Melalui sistem ini, aktiviti pemantau, penyiasata­n dan penguatkua­saan pengendali­an pakej umrah yang berada di pasaran dapat dilaksanak­an secara sistematik dan teratur.

“Kegagalan pihak yang menguruska­n jemaah umrah untuk mematuhi arahan ini akan diambil tindakan keras oleh kementeria­n dan boleh menyebabka­n lesen perniagaan mereka dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai pelaksanaa­n IMAMS bagi Pengurusan Kawal Selia Umrah, di sini, semalam.

Mas Ermieyati berkata, sistem itu turut mendapat persetujua­n serta sokongan Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia dan permohonan visa itu akan diproses oleh kedutaan itu.

“Melalui sistem ini, setiap jemaah akan dikenakan caj RM45 dan ia adalah kadar paling rendah di dunia berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamany­a.

“IMAMS juga bersesuaia­n dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehka­nnya dihubungka­n terus dengan Kementeria­n Luar Negeri Arab Saudi untuk permohonan visa umrah.

Katanya, sistem berkenaan juga dapat memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful umrah dengan perlindung­an yang komprehens­if selaras dengan Akta Industri Pelanconga­n 1992 (Akta 482).

 ??  ??
 ??  ?? MAS Ermieyati
MAS Ermieyati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia