Harian Metro

Remaja tokan dadah terjerat SALAH TEKAN PEDAL

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seawal usia remaja, dia terjebak dengan gejala pengedaran dadah, malah turut menganggot­ai kumpulan kongsi gelap.

Bagaimanap­un, nasib remaja lelaki berusia 16 tahun itu berakhir apabila ditahan bersama tiga rakan di sebuah restoran di daerah ini kerana disyaki terbabit dalam proses penyerahan sejumlah besar pelbagai dadah kepada tokan.

Dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin jam 8.50 pagi Rabu lalu menahan empat lelaki berusia 16 hingga 27 tahun bersama pelbagai dadah termasuk heroin, syabu dan Eramin5 dianggarka­n bernilai RM600,000.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, semua suspek ditahan ketika keluar dari dua kereta.

Seorang remaja perempuan cedera apabila secara tidak sengaja tertekan pedal minyak kereta dipandunya hingga merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Taman Pelangi Indah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, remaja berusia 19 tahun itu datang ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol kereta Proton Saga dipandunya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandunya tertekan pedal minyak sebelum terbabas dan meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

“Pemandu kereta itu dari Taman Pelangi Indah dan pergi ke stesen minyak berkenaan dan selesai mengisi

Remaja perempuan cedera kereta rempuh kedai

serbaneka stesen minyak

petrol, pemandu yang juga kerani itu dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka.

“Mangsa mengalami luka kecil di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan itu,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kedai serbaneka stesen minyak yang dirempuh remaja tersilap tekan pedal minyak, semalam.
KEADAAN kedai serbaneka stesen minyak yang dirempuh remaja tersilap tekan pedal minyak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia