Harian Metro

MASIH KRITIKAL

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Keluarga mangsa tunggal terselamat nahas

berdarah mohon doa rakyat Malaysia

Mangsa tunggal yang terselamat dalam kemalangan jalan raya mengorbank­an lima ahli keluarga termasuk ibu bapanya di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampira­n Kampung Melayu Raya, Segamat, Selasa lalu, Nur Ghaziyyah Athirah, 3, dilaporkan masih kritikal.

Bapa saudara mangsa Muhammad Taqiyuddin Dzulkirnai­n, 26, berkata, Nur Ghaziyyah ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurutnya, doktor berusaha memberi rawatan terbaik bagi menstabilk­an keadaan anak saudaranya.

“Keadaan Nur Ghaziyyah kritikal kerana dia mengalami kecederaan di kepala serta beberapa bahagian badan.

“Pasukan doktor berusaha memberikan rawatan terbaik bagi menstabilk­an keadaannya. Saya dan keluarga memohon rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk Nur Ghaziyyah,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.11 petang, Nur Ghaziyah bersama bapa, Muhamad Abu Dujanah Dzulkrinai­n, 30, ibunya Zinnirah Abdul Hamid, 28, kakak Nur Maghfirah, 6, abang, Muhammad Abu Ajwad, 4, dan adik bongsunya, Nur Alia Humairah, tiga bulan, maut apabila Perodua Viva yang mereka naiki terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Muadzam Shah, Pahang ke Kluang.

Kereta dipandu Muhamad Abu Dujanah itu dikatakan hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke laluan bertentang­an sebelum bertembung bas ekspres menyebabka­n lima mangsa maut dan seorang terselamat.

Nur Ghaziyah, mangsa tunggal yang terselamat menjalani pembedahan kecemasan di HSA, jam 6 petang, Rabu lalu selepas dipindahka­n dari Hospital Segamat untuk rawatan kecemasan.

 ??  ?? NUR Ghaziyyah kini menerima rawatan di ICU HSA.
NUR Ghaziyyah kini menerima rawatan di ICU HSA.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 13 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 13 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia