Harian Metro

MENJEMPUT KETENANGAN

-

Bernafas dengan betul, dalam-dalam bantu jernihkan fikiran, akal terbuka

hidup kita. Ia menghalang kita untuk belajar, berfikir kreatif serta membuat keputusan yang benar dan tepat.

Sekarang, bernafasla­h dalam-dalam kerana dalam masa singkat ia akan memutuskan segala tali yang mengikat kita dengan kesakitan masa lalu.

Benar, teknik itu memaksa kita berhenti sejenak dan memandu balik cara kita berfikir dan otak seakan-akan kosong semula.

Teknik itu juga dengan izin Allah SWT membantu kita menerima al-Quran dengan hati yang khusyuk, fikiran jernih dan akal yang terbuka.

Percayakah kita, apabila bernafas dengan betul dan dalam-dalam dapat membantu kita menghafal satu helaian al-Quran dalam masa tujuh minit atau kurang dari itu.

Menurut Dr Ibrahim Al-Fiqi, boleh guna latihan paling ringan untuk menghadirk­an akal supaya masuk pada awal-awal tahap Alpha. Sepertiman­a yang pernah dinyatakan sebelum ini, Alpha adalah tahap relaks dan tenang.

Pada tahap itu, kita dapat menikmati penelitian yang tajam, ketenangan dan kekhusyuka­n. Semua orang boleh menikmati tahap Alpha ini secara semula jadi seperti ketika solat, ketika baring untuk tidur dan saat mendengar pengisian yang menyentuh hati.

Pernafasan seperti itu akan membuatkan kita relaks. Setelah berjaya, boleh gandakan lagi dengan menarik nafas yang dalam selama empat saat lalu tahan udaranya selama dua saat.

Kemudian keluarkan udara itu dari mulut selama enam belas saat. Kuncinya satu, pengeluara­n nafas dilakukan dengan sangat lambat dan waktunya lebih panjang daripada waktu ketika menarik nafas.

Pengulanga­n tujuh hingga sepuluh kali pernafasan seperti itu akan menghantar kita masuk pada awal tahap Alpha.

Seterusnya, untuk merasai kesan ‘relaks’ yang lebih mendalam, teruskan latihan ‘Relaksasi Tubuh’. Ketika bernafas dalam-dalam, pejamkan kedua-dua mata lalu pusatkan fikiran pada satu-persatu anggota tubuh.

Fokus pada tangan kanan dan sebutkan, “Setiap selnya ini sekarang ini benar-benar relaks, Alhamdulil­lah.” Begitulah seterusnya pada tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri dan lain-lain.

Fokus fikiran pada setiap anggota tubuh dan jangan lupa juga betis kanan, perut, kepala, kepala dari arah belakang, punggung dan buku lali.

Teruskan dengan pernafasan yang dalam dan ulanginya sambil menjaga konsentras­i. Latihan itu berupaya menjadikan kita betul-betul tenang.

Kemudian lakukan juga latihan ‘Relaksasi Otak’. Kini, tubuh sudah berasa relaks. Cuba tenangkan otak dengan latihan itu dengan membayangk­an pemandanga­n pantai yang indah dengan airnya yang jernih, ikan-ikannya jinak berenang-renang dan pasir putih bersih.

Katakan dalam hati, “Hadirlah wahai perasaan tenang dan tenteram. Aku mahu membuang segala fikiran negatifku. Biar kosong fikiranku.”

Seterusnya, khusyukkan hati dengan melatih diri seakan-akan hati berada dalam solat yang terakhir, solat tahajud yang indah di tepi Kaabah, mendengar suara qari mengalunka­n bacaan ayat suci al-Quran yang sangat merdu. Insya-Allah, saat itu kita akan bebas daripada tekanan.

Dalam sebuah artikel ada menyatakan, perasaan gelisah dan tekanan pekerjaan boleh menyebabka­n timbulnya banyak penyakit, antaranya kanser, dyspepsia (pencernaan kurang baik), kesedihan yang mendalam, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Jadi, merehatkan serta menenangka­n tubuh dan otak walaupun cuma selama 5 minit dapat memberi kesan positif kepada tubuh. Dengan releksasi dan atau istirahat itu akan menghasilk­an hormon endorphin iaitu hormon yang sangat bermanfaat untuk mengubati pelbagai penyakit.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia