Harian Metro

Doa ke arah kebaikan dalam solat diharuskan

-

Hal itu sama juga seperti orang yang bersolat di atas binatang tunggangan atau kenderaan yang bergerak berpaling dari arah kiblat, tidak membatalka­n solatnya.

2. Jika seseorang bersolat lalu merasai ada sesuatu melekat di celah-celah giginya lalu dia cuba mengeluark­annya dengan lidahnya sehingga terpaksa menggerakk­an lidahnya lebih daripada tiga kali, adakah membatalka­n solatnya?

Tidak membatalka­n solat dengan hanya menggerakk­an lidah walaupun gerakan yang banyak melainkan dengan tujuan untuk bermain-main, maka membatalka­n solatnya.

3. Jika seseorang yang bersolat menyebut dalam hatinya, “Ya Allah, kurniakanl­ah kepadaku seorang isteri yang begini dan begini. Apakah dengan sebutan itu boleh membatalka­n solat atau tidak?

Tidak membatalka­n solatnya kerana ia adalah doa dan doa-doa ke arah kebaikan memang diharuskan dalam solat.

4. Jika makmum menyedari imam melakukan kesilapan atau kesalahan dalam solatnya, maka makmum lelaki disunatkan menyebut ‘Subhanalla­h’.

Manakala makmum perempuan disunatkan menepuk belakang tangan kirinya dengan tapak tangan kanan.

Adakah disyariatk­an menepuk tangan bagi makmum wanita itu dengan niat untuk memberitah­u imam mengenai kesilapan atau tanpa perlu niat?

Adakah disyaratka­n supaya tidak berturut-turut sebanyak tiga kali? Jika dilakukan secara berturut-turut sebanyak tiga kali, adakah batal solatnya?

Bagaimana pula makmum lelaki menepuk tangannya untuk memberitah­u imam kesilapan yang dilakukan lebih daripada tiga kali tepuk?

Hendaklah dengan niat untuk memberitah­u imam kesalahan itu supaya tidak dinamakan sebagai bermain-main dalam solat. Pada masalah kedua iaitu apabila hendak melakukan tepukan, perlu ada perceraian antaranya dan tidak dilakukan secara berturut-turut.

Manakala dalam masalah lelaki menepuk tangan terhasilla­h maksudnya dan tidaklah membatalka­n solat jika dilakukan lebih daripada tiga kali tepukan sama ada dilakukan lelaki atau perempuan dengan syarat tidak mengangkat tangan terlalu tinggi setiap kali hendak menepuk.

Memadai dengan hanya mengangkat tapak tangan tanpa perlu mengangkat keseluruha­n tangannya kerana cara demikian dikira sebagai pergerakan yang ringan.

Berlainan pula halnya ketika hendak menolak orang yang lalu di hadapannya ketika bersolat, disyaratka­n supaya tidak melebihi dua kali gerak tangannya.

Jika dilakukan tiga kali gerak secara berturut-turut, maka batal solatnya. (Kitab Bujairimi)

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia