Harian Metro

MASALAH HUTANG

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Suspek kes empat beranak dibunuh sebelum dibakar kena tangkap

Masalah hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak khianat terhadap sebuah keluarga sehingga menyebabka­n empat individu maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat Rabu lalu.

Lelaki berusia 38 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengara­n dan pertuturan itu ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur, jam 1 pagi semalam oleh sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Malah sebelum kebakaran itu berlaku, tercetus pertelingk­ahan antara lelaki itu dengan keluarga berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah teman lelaki anak bongsu mangsa berusia 30 tahun yang juga OKU cacat pendengara­n dan pertuturan.

Beliau berkata, suspek yang bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong tidak mempunyai rekod jenayah.

“Siasatan mendapati suspek adalah teman lelaki anak bongsu mangsa dan dipercayai dia bertindak sendirian dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Kuala Selangor Deputi Superinten­dan Mohd Asri Abdul Wahab memangku jawatan Ketua Polis Daerah menggantik­an Superinten­dan Ruslan Abdullah yang bersara.

Mengulas lanjut kejadian itu, Mazlan berkata, masalah kewangan dipercayai menjadi punca kejadian itu.

“Kita percaya suspek mempunyai hutang sehingga mendorongn­ya melakukan perbuatan khianat itu.

“Selepas kejadian itu, suspek mendapatka­n rawatan di sebuah klinik swasta di Lembah Klang.

“Suspek direman

tujuh hari mulai semalam hingga Khamis depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mazlan berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya percaya kes itu dapat diselesaik­an.

Mengenai laporan bedah siasat mangsa, Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Hospital Banting.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi Rabu lalu, dua warga emas dan dua kanak-kanak maut dalam kebakaran.

Mangsa ialah Lim Mai Shak, 68, Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka, Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi masing-masing berusia tiga dan 10 tahun.

Seorang cucu mangsa berusia 12 tahun yang juga abang kepada Ryan Chia terselamat kerana menyorok di dalam bilik air sebelum meloloskan diri ke luar rumah.

 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN
 ??  ?? lalu. Metro 14 Disember LAPORAN Harian
lalu. Metro 14 Disember LAPORAN Harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia