Harian Metro

MASAK GUNA PERIUK CURI

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Dua sahabat ditahan ketika tanak nasi

Dua lelaki yang sedang memasak nasi ditahan polis kelmarin apabila menggunaka­n periuk yang dicuri di rumah jiran di Kuala Klawang, pada 2 Disember lalu.

Selain periuk nasi, kedua-dua suspek berusia 30-an mencuri tong gas, televisyen dan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superinten­dan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima aduan kejadian daripada pemilik rumah yang menjalanka­n Op Cantas jam 1 tengah hari.

“Siasatan dijalankan membawa anggota ke rumah sewa suspek 50 meter dari rumah mangsa. Sebaik tiba, dua lelaki itu yang bersahabat baik didapati memasak nasi,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, kedua-dua mereka mengaku mencuri dan memberi alasan tidak mampu membeli periuk serta tong gas.

“Siasatan lanjut mendapati suspek memasuki kediaman mangsa selepas lelaki berusia 50-an mempunyai urusan kerja di Kajang, Selangor pada jam 1 pagi,” katanya.

Beliau berkata, dua lelaki ini bekerja di kedai perkakasan di daerah ini dan belum berkahwin.

“Seorang daripada suspek dibuang daerah dan menjalani hukuman mengikut Seksyen 6 (3) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) selama dua tahun di Kuala Klawang.

“Sebaik mencuri barangan di rumah mangsa, suspek tidak menjualnya sebaliknya ia untuk kegunaan sendiri. Dua lelaki ini berserta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Kamarul Rizal, suspek direman tiga hari hingga hari ini.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK ditahan manakala barang curi dirampas.
SUSPEK ditahan manakala barang curi dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia