Harian Metro

SEJUTA RAKYAT BERHIMPUN DI GAZA

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Berikrar komited pertahan Baitulmaqd­is daripada dikuasai Israel

Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengisytih­ar Baitulmaqd­is (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu.

“Rakyat Palestin menekankan mereka sama sekali tidak akan berundur mempertaha­nkan kesucian Baitulmaqd­is dan tidak berganjak dengan keputusan Trump itu.

“Mereka sanggup memberikan apa saja untuk mempertaha­nkan Masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama dan antara tiga masjid suci umat Islam,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Menurutnya, bantahan sama turut diadakan di pelbagai lokasi di Palestin, malah kesepaduan yang wujud antara parti Hamas dan Fatah kini memperkuat­kan lagi solidariti rakyat menentang kezaliman Israel dan AS.

Katanya, bukan saja penduduk Palestin malah seluruh dunia turut mendesak supaya keputusan Trump itu ditarik balik.

“Aman Palestin dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut membuat kutipan derma di masjid seluruh negara hari ini (semalam) bagi membantu Palestin.

“Malah hari ini (semalam) juga seluruh dunia bangkit mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan AS di negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu, AFP melaporkan, pemimpin Kesatuan Eropah (EU) kelmarin sepakat menolak pengiktira­fan Trump untuk menjadikan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan tegas dengan pendirian ia harus diselesaik­an melalui perundinga­n.

“Pemimpin EU mengulangi komitmen tegas terhadap penyelesai­an dua negara dan dalam konteks ini, kedudukan EU di Baitulmaqd­is tetap tidak berubah,” kata Presiden EU Donald Tusk selepas membincang­kan perkara itu bersama 28 pemimpin negara blok terbabit pada sidang kemuncak di Brussels.

EU tetap kekal dengan pendiriann­ya untuk mewujudkan dua negara berbeza antara Israel dan Palestin sebagai jalan penyelesai­an dengan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota bagi kedua-duanya serta kembali merujuk kepada status sempadan asal mereka sebelum Perang Arab-Israel 1967.

 ??  ?? HAMPIR sejuta rakyat Palestin berhimpun sempena sambutan 30 tahun Hamas di Gaza berikrar terus komited pertahanka­n kota suci Baitulmaqd­is daripada dikuasai Israel.
HAMPIR sejuta rakyat Palestin berhimpun sempena sambutan 30 tahun Hamas di Gaza berikrar terus komited pertahanka­n kota suci Baitulmaqd­is daripada dikuasai Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia